Simple Search:

TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SEPANG, 14 Jan– Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baharu bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus itu. Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, kursus TITAS tidak semestinya meliputi isu sejarah semata-mata sebaliknya perlu meliputi elemen ketamadunan yang relevan pada masa kini. Perkara itu menurutnya boleh menarik minat para pelajar dalam subjek itu seterusnya menyemai sikap saling faham-memahami serta hormat-menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama. “Saya berpendapat kursus ini perlu menjadi semasa, relevan dan dinamik. Ini selari dengan perspektif kajian ketamadunan itu sendiri yang mengetengahkan ketamadunan masa lalu, masa kini dan masa depan. “Kita ingin berbincang tentang isu masa kini, dan apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan bengkel Training of Trainers TITAS Siri 1/2011 (ToT TITAS 2011) di sini baru-baru ini. Bengkel selama tiga hari dan pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, KPT untuk meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah baharu yang boleh memberi nilai tambah dalam penyampaian kursus itu. ToT TITAS 2011 disertai oleh 94 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar subjek TITAS di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Bengkel dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Tinggi KPT, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali. Mengulas mengenai ToT TITAS 2011, Prof. Madya Dr. Zaid yang juga pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UPM, berharap ia dapat mencetuskan motivasi bagi merangsang kecemerlangan minda dan seterusnya melahirkan tenaga pengajar TITAS yang berwibawa. “Saya berharap penganjuran program ini dapat memberi dorongan kepada semua pengajar kursus TITAS untuk melipatgandakan usaha kearah kelangsungan kursus ini,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
TITAS_perlu_kaedah_baru.pdf

Download (91kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 19 Jan 2011 08:00
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9306
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item