UPM Institutional Repository

Penentu penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia


Citation

Azman, Azmariana (2015) Penentu penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pertanian merupakan salah satu sektor yang menjana pendapatan negara.la juga merupakan sumber utama pengeluar makanan dan bahan mentah. Walau bagaimanapun, kemajuan dari sektor ini telah meningkatkan tahap pencemaran seperti aktiviti pertanian yang keterlaluan dan tidak dikawal akan menyebabkan pelbagai masalah seperti tanah runtuh, pemusnahan hutan, pengurangan nutrien dan bahan organik serta penurunan kualiti air. Oleh itu, negara perlu memastikan pembangunan lestari sebagai asas pembangunan sektor pertanian.Dengan ini, pembangunan pertanian dari sudut produktiviti dan penjagaan alam sekitar dapat dijalankan secara seiring.Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani ladang kontrak di Malaysia. Terdapat tiga objektif khusus untuk kajian ini, iaitu (a) Mengenal pasti tahap penerimaan pertanian mampan responden kajian (b) Mengenal pasti perbezaan di antara jantina, zon dan etnik responden dengan penerimaan pertanian mampan dan (c) Mengenal pasti hubungan di antara sikap, pengetahuan dan sokongan petani ladang kontrak dan penerimaan pertanian mampan. Kajian tinjauan deskriptif secara kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibangunkan berdasarkan sorotan literatur lepas. Penyelidik telah mengaplikasikan teknik persampelan rawak mudah dalam proses pengumpulan data dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Berdasarkan kaedah ini, seramai 395 responden dalam kalangan petani ladang kontrak telah dipilih.Hasil kajian menunjukkan tahap penerimaan pertanian mampan dalam kalangan petani ladang kontrak amat memberangsangkan.lni menunjukkan para petani ladang kontrak sudah boleh menerima pertanian mampan sebagai sebahagian aktiviti pertanian mereka.Selain itu, melalui anal isis t-test tiada perbezaan penerimaan pertanian mampan di antara petani lelaki mahu pun petani wanita.Ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara petani berbangsa Melayu dan Cina berbanding etnik Dusun.Analisis ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penerimaan pertanian mampan di antara zon Selatan, Utara dan Timur dengan zon Sabah dan Sarawak. Etnik Dusun yang menetap di Sabah dilihat lebih bersedia menerapkan pertanian mampan berbanding yang lain. Ini disebabkan oleh perapatan kehidupan mereka dengan alam semula jadi.Selain daripada ujian t-test dan ANOVA, kajian ini juga melibatkan analisis korelasi Pearson.Melalui analisis ini, dapat dibuktikan bahawa sikap para petani ladang kontrak mempunyai perkaitan dengan penerimaan pertanian mampan sebagai praktis pertanian mereka seharian.Faktor pengetahuan juga mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penerimaan pertanian mampan.Hasil kajian juga menunjukkan sokongan yang diterima para petani mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penerimaan para petani ladang kontrak terhadap pertanian mampan.Cadangan daripada kajian ini ialah para petani ladang kontrak di Malaysia perlu melibatkan diri secara lebih aktif dalam amalan pertanian mampan.Petani juga perlu menunjukkan sikap yang lebih positif dan bersedia meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang pertanian.Selain itu, penyelidik juga mencadangkan agar pihak Kementerian Pertanian dan Asas Tani atau agensi-agensi berkaitan sentiasa memberikan sokongan penuh kepada para petani dalam bentuk bantuan kewangan, latihan-Iatihan khusus dan kursus yang berkaitan dengan pertanian mampan.Semoga pertanian mampan dapat dipraktikkan oleh seluruh petani di Malaysia agar kebaikan dan keuntungannya dapat diperoleh kini dan masa hadapan.


Download File

[img] Text
FEM 2015 24 IR.pdf

Download (11MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Call Number: FEM 2015 24
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 12 Apr 2022 01:07
Last Modified: 12 Apr 2022 01:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92445
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item