UPM Institutional Repository

Aspek fonologi subdialek patani di Kedah


Citation

Ismail, Muhammad Anas (2016) Aspek fonologi subdialek patani di Kedah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan inventori fonem konsonan dan vokal serta beberapa aspek fonologi yang berlaku dalam dialek Patani Padang Terap (DPPT), Kedah. Data kajian diperoleh melalui kaedah kajian lapangan. Pengkaji menemu bual lima orang penduduk Kampung Padang Gelanggang, Padang Terap yang berumur lebih 50 tahun. Aspek yang diberi penelitian secara khusus dalam kajian ini ialah inventori segmen vokal dan konsonan serta rumus-rumus fonologi yang berlaku, iaitu proses perubahan dan rumus pengguguran. Semua aspek ini dikaji dan dianalisis menggunakan teori fonologi generatif (FG). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa inventori segmen dalam DPPT adalah berbeza dengan kajian lampau. Terdapat enam segmen vokal dasar dan dua segmen vokal terbitan dalam DPPT. Segmen vokal dasar ialah [i, e, ´, a, u, o] dan dua segmen terbitan [E, ç]. Kesemua vokal boleh hadir di posisi awal dan akhir kata dalam DPPT. Fonem konsonan pula berjumlah 16, iaitu [p, b, t, d, k, g, m, n, N, ¯, ʧ, ʤ, s, ƒ, h, l] manakala segmen konsonan terbitan pula terdiri daripada [/, w, j] sama seperti bahasa Melayu. Semua konsonan boleh hadir di posisi awal kata manakala di posisi akhir kata pula kebanyakan konsonan tidak dapat hadir. Hanya tiga fonem konsonan sahaja yang wujud di akhir kata, iaitu /n, N, h/, manakala fonem konsonan lain kebanyakannya direalisasikan sebagai [/] ataupun digugurkan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa proses perubahan bunyi nasal di akhir kata, iaitu nasal /m/ yang mempunyai fitur [-koronal] akan direalisasikan kepada nasal yang berfitur [+koronal]. Seterusnya ialah proses pembelakangan frikatif, iaitu bunyi /s/ direalisasikan sebagai /h/ di akhir kata manakala pembentukan glotal pula merealisasikan konsonan hentian [p, t, k] sebagai [/] apabila berada di posisi yang sama. Manakala rumus pengguguran yang berlaku ialah rumus pengguguran nasalhentian tak bersuara dan rumus pengguguran hentian bersuara. Bunyi nasal yang diikuti dengan bunyi hentian tak bersuara akan digugurkan manakala hentian bersuara pula gugur apabila berada di depan bunyi nasal. Kajian ini juga mendapati bahawa deretan dua vokal sama ada /ia/, /ai/, /au/ ataupun /ua/ di posisi akhir suku kata akan dileburkan sebagai [E] dan [ç]. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa proses fonologi dalam DPPT berlaku kerana mematuhi rumus fonologi tertentu yang mampu dijelaskan oleh teori fonologi generatif secara berpada.


Download File

[img] Text
FBMK 2016 18 IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Phonology
Subject: Malay language - Dialects - Kedah
Call Number: FBMK 2016 18
Chairman Supervisor: Profesor Madya Adi Yasran Abdul Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Editor
Date Deposited: 11 Mar 2022 01:54
Last Modified: 11 Mar 2022 01:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92212
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item