Simple Search:

UPM Lancar Sistem eLITS dan Malam Anugerah Industri


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM Lancar Sistem eLITS dan Malam Anugerah Industri. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 12 Januari – Universiti Putra Malaysia (UPM) melancarkan Sistem Latihan Industri (eLITS) dan empat anugerah industri yang menjalin kerjasama bersama UPM sepanjang tahun 2009 hingga 2010 dalam majlis UPM-Industry Networking 2010. Sistem baru eLITS merupakan satu data menyeluruh mengenai latihan industri pelajar dan boleh diakses setiap fakulti dalam urusan berkaitan latihan industri pelajar yang di kendali oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan dan Industri) UPM. Sistem itu mempunyai empat modul iaitu pelajar, pentadbir, penyelaras latihan industri dan pensyarah pemantau. Kelebihan sistem itu membolehkan pelajar menyediakan resume secara online, memudahkan penetapan pensyarah latihan industri dan memudahkan pengumpulan maklumat berkaitan latihan industri. Selain itu majlis turut menyampaikan empat anugerah kepada industri iaitu Anugerah Pengkomersilan Hasil Penyelidikan yang dimenangi Diversatech (M) Sdn. Bhd., Anugerah Latihan Industri dimenangi Sime Darby Sdn.Bhd, Anugerah MoU/MoA Aktif dimenangi Padi Beras Nasional Bhd. dan Anugerah Penajaan Jaringan dan Masyarakat dimenangi Dewina Holding Sdn.Bhd, masing-masing membawa pulang plak pusingan. Naib Canselor UPM, Dato’ Ir Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata majlis itu berfungsi sebagai platform antara staf UPM dan ahli industri untuk berkenalan serta mengerat hubungan di samping dapat merancang kerjasama dan kolaborasi pada masa akan datang. “UPM amat menghargai kerjasama dengan industri tetapi hasil kerjasama ini perlu dioptimumkan,” katanya semasa merasmikan majlis bertemakan Nurturing Partnerships in Agribio. Beliau berkata UPM perlu memfokuskan tiga pendekatan strategik iaitu fokus kepada industri di mana staf UPM dan industri boleh bertukar teknologi dan kaedah perniagaan, kedua ialah universiti perlu menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang perniagaan dan latihan sebagai asas pengetahuan. Ketiga katanya, graduan bidang perniagaan dan kemahiran boleh meluaskan keperluan pasaran mereka melalui kerjasama dengan industri. Dato’ Ir Dr. Radin berkata kerjasama antara universiti dan industri menjadi mekanisma bagi memelihara sumber yang berterusan dan hubungan berkekalan dengan stakeholders. Beberapa inisiatif perlu diambil oleh UPM melalui memorandum perjanjian dan persefahaman. Buat masa ini UPM mempunyai 54 MoU dan MoA dengan industri.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Lancar_Sistem_eLITS.pdf

Download (143kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 13 Jan 2011 10:22
Last Modified: 27 May 2013 07:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9216
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item