UPM Institutional Repository

Elemen identiti dan pengekalan identiti etnik bumiputera siam di Kampung Jambu,Tumpat, Kelantan, Malaysia


Citation

Mohamed, Rozmalina Izwanita (2017) Elemen identiti dan pengekalan identiti etnik bumiputera siam di Kampung Jambu,Tumpat, Kelantan, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Identiti merupakan simbol yang penting dalam menonjolkan keunikan ciri-ciri budaya sesebuah kelompok etnik di samping menjadi sempadan antara etnik dengan kumpulan etnik yang lain terutama kepada golongan minoriti. Melalui identiti yang ditonjolkan, sesebuah etnik dapat bertapak dan mengukuhkan kedudukan mereka dalarn masyarakat Malaysia amnya yang berbilang etnik dan agama. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk: a) menghuraikan proses identifikasi etnik bumiputera Siam di Kampung Jambu sebagai orang Siam dan orang Siam di Malaysia; b) mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh etnik bumiputera Siam dalam mengekalkan identiti; c); etnik mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh etnik bumiputera Siam untuk mengekalkan identiti mereka sebagai orang Siam dan orang Siam di Malaysia; dan d) menjelaskan perbezaan pandangan golongan belia dan golongan tua tentang pengekalan identiti. Dapatan kajian menunjukkan seramai sembilan orang informan berketurunan Siam telah terlibat dalam kajian yang dijalankan di Kampung Jambu, Tumpat Kelantan. Data telah dikumpulkan secara kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Kesemua informan mengidentifikasikan diri mereka sebagai orang Siam dengan menggunakan simbol agama Buddha Theravada dan kebudayaan. Seterusnya, dalam mengidentifikasikan diri mereka sebagai bumiputera Siam Malaysia pula, simbol yang digunakan oIeh penduduk kampung Jambu ialah adat resam, bahasa Thai dialek dan status bumiputera. Pengaruh budaya barat, pertukaran agama dan kekurangan generasi pelapis menjadi cabaran kepada etnik bumiputera Siam dalam mengekalkan identiti. Etnik bumiputera Siam berusaha mengekalkan identiti etnik melalui; a) pengekalan seni bina wat; b) penubuhan sekolah bahasa Thai; dan e)menyambut perayaan mereka setiap tahun. Pandangan yang diberikan oleh golongan belia dan tua terhadap pengekalan identiti merupakan pandangan yang positif yang membawa kepada usaha pengukuhan kedudukan etnik mereka dalam masyarakat menerusi simbol yang dibentuk. Dalam konteks ini, arus globalisasi tidak mengubah simbol identiti etnik bumiputera Siam sebaliknya diperkukuhkan dengan usaha yang pelbagai oleh komuniti Siam itu sendiri dalam mempertahankan identiti etnik mereka daripada terpinggir.


Download File

[img] Text
FEM 2019 33 IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malaysia - Ethnic relations
Call Number: FEM 2019 33
Chairman Supervisor: Profesor Madya Lee Yok Fee, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Mar 2022 02:36
Last Modified: 01 Mar 2022 02:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/92002
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item