UPM Institutional Repository

Penggunaan ayat majmuk dalam Harian Metro


Citation

Abdul Mutallib, Muhammad Fitri (2018) Penggunaan ayat majmuk dalam Harian Metro. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tatabahasa merupakan elemen penting dalam sesuatu bahasa, namun penggunaannya masih tidak dapat dikuasai oleh masyarakat kerana kesilapan dalam penggunaannya masih boleh dikenal pasti. Hal ini termasuklah penggunaan ayat majmuk. Salah satu medium yang mudah untuk melihat penggunaan struktur ayat ialah akhbar. Akhbar merupakan satu medium yang mudah dicapai oleh orang ramai untuk mendapatkan maklumat. Namun begitu, terdapat juga kesalahan penggunaan ayat majmuk dalam penulisan akhbar. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti penggunaan ayat majmuk dalam akhbar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penggunaan ayat majmuk dalam akhbar dan menganalisis penggunaannya dalam akhbar. Kaedah kepustakaan dan analisis kandungan telah dipilih untuk digunakan dalam kajian ini. Untuk menjalankan kajian ini, akhbar Harian Metro telah dipilih untuk dijadikan bahan utama kajian. Kajian ini dijalankan dengan berpandukan rumus yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015). Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat lima kategori kesalahan ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, ayat majmuk pancangan keterangan, dan ayat majmuk campuran. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa tahap penguasaan tatabahasa seseorang penulis dari aspek linguistiknya masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 42 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Compound words
Subject: Newspaper publishing
Call Number: FBMK 2019 42
Chairman Supervisor: Che Ibrahim Salleh
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 01 Mar 2022 02:35
Last Modified: 01 Mar 2022 02:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91997
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item