Simple Search:

Pensyarah FBMK UPM Terima Anugerah Mauritius


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Pensyarah FBMK UPM Terima Anugerah Mauritius. [UPM News]

Abstract / Synopsis

MAURITIUS, 27 Nov – Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Paramasivam Muthusamy dikurnia anugerah ‘Mauritius Achievement Award’ melalui penghasilan buku bertajuk ‘Mauritius Tamils : Language-Culture-Society’. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Mauritius, Dr.Vasant Kumar Bunwaree di Indira Gandhi Centre. Buku mengenai bahasa dan budaya masyarakat Tamil Mauritius setebal 120 halaman itu dihasilkan melalui penyelidikan selama 15 tahun. “Keinginan saya mengetahui adanya bangsa Tamil di Mauritius, Fiji dan Afrika Selatan merangsang usaha penyelidikan ini. Hasil lawatan ke Mauritius sebanyak 20 kali menyebabkan saya ingin membuat kajian gaya hidup dan sosiolinguistik masyarakat Tamil di Mauritius. “Penyelidikan ini diperoleh dengan perhubungan yang terjalin dengan pelbagai persatuan di Mauritius seperti Liga Tamil, pertubuhan pendidikan, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, persatuan kebudayaan dan beberapa buah keluarga di Mauritius,” katanya. Majlis dihadiri lebih 300 tetamu termasuk 82 delegasi dari Malaysia yang terdiri daripada pelajar UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pensyarah_FBMK_UPM.pdf

Download (65kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 12 Jan 2011 11:10
Last Modified: 27 May 2013 15:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9192
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item