Simple Search:

Hubungan Antara Gaya Kepimpinan dengan Tekanan Pengurusan di Kalangan Guru Besar di Daerah Kota Marudu, Sabah


Citation

Datu Kauman, Datu Raiman (1999) Hubungan Antara Gaya Kepimpinan dengan Tekanan Pengurusan di Kalangan Guru Besar di Daerah Kota Marudu, Sabah. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya kepimpinan dengan tekanan pengurusan di kalangan guru besar di daerah Kota Marudu, Sabah. Secara lebih terperinci, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti: (1) Ciri-ciri demografik guru besar; (2) Gaya kepimpinan guru besar; (3) Tahap tekanan pengurusan di kalangan guru besar; (4) Hubungan antara gaya kepimpinan dengan tekanan pengurusan. Populasi kajian ialah guru-guru besar sekolah rendah di daerah Kota Marudu. Seramai 26 orang daripada 28 orang guru besar telah terlibat sebagai responden kajian ini. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan instrumentasi soal selidik dan analisis data telah dijalankan dengan menggunakan perisian The Statistical Package for Social Science (SPSS). Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif, min, sisihan piawai dan pekali korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan menyokong (69%) pada tahap tinggi. Secara keseluruhan pula didapati tahap amalan gaya kepimpinan responden berada pada tahap sederhana. Sementara itu, tekanan pengurusan pula menunjukkan bahawa aspek pengurusan kemudahan mewujudkan tekanan paling tinggi antara empat kategori tekanan yang ada dan berada pada tahap tekanan tinggi. Tekanan pengurusan kategori pengurusan kemudahan menyaksikan lebih separuh daripada responden berada pada tahap tinggi. Bagaimanapun secara keseluruhannya tahap tekanan pengurusan yang dialami oleh responden berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara tekanan pengurusan kategori perhubungan sekolah dengan gaya kepimpinan mengarah. Begitu juga kajian mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan antara tekanan pengurusan kategori pengurusan kemudahan dengan gaya kepimpinan berserta. Selain daripada itu terdapat juga hubungan yang signifikan antara tekanan pengurusan kategori pentadbiran rutin dengan gaya kepimpinan berserta.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_56_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Elementary school principals - Job stress - Sabah - Kota Marudu
Subject: Elementary school administration - Sabah - Kota Marudu
Subject: Stress management
Call Number: FPP 1999 56
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Zakaria Bin Kasa
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 11 Jan 2011 11:24
Last Modified: 25 Jul 2011 16:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9164
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item