Simple Search:

Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-Sekolah Menengah di Kuantan


Citation

Mansor, Noraien (1999) Tahap Pengetahuan dan Penggunaan Internet dalam Mencari Maklumat di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sekolah-Sekolah Menengah di Kuantan. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Pendidikan masa kini bertujuan menyediakan pelajar ke arah masyarakat bermaklumat selaras dengan visi negara untuk menjadi tunggak dalam perkembangan teknologi maklumat di alaf baru. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan dan penggunaan Internet dalam mencari maklumat serta tumpuan pencarian maklumat. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 4 di lima buah sekolah menengah di Kuantan terlibat dalam kajian yang memerlukan mereka menjawab soal selidik yang ditadbirkan kepada mereka. Kajian yang dijalankan berbentuk kajian deskriptif dan penganalisisan data telah dibuat dengan menggunakan perisisan SPSS 7.5 dan dibentangkan dalam bentuk peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan kesemua pelajar yang terlibat mempunYal pengalaman mengakses Internet tetapi tumpuan mencari maklumat mempunyai peratusan yang tinggi dalam beberapa bidang tertentu yakni hiburan, permainan, pendidikan, berita, sukan, diskusi, komunikasi dan e-mail. Justern itu, mereka mcmpunyai tahap pengctahuan dan pcnggunaan Internet yang tinggi iaitu pada tahap 'mahir' dan 'sangat mahir' dalam bidang-bidang tersebut berbanding dengan bidang-bidang lain yang mereka kurang mahir iaitu perniagaan, kesihatan, pelancongan, pengiklanan dan membeli-belah melalui Internet. Di samping itu juga, kajian ini menyaksikan pandangan positif pelajar terhadap Internet, kekangan yang mereka hadapi serta cadangan yang diutarakan untuk mempertingkatkan penggunaan Internet. Penyelidik mencadangkan agar kajian yang lebih mendalam berhubung tahap pengetahuan dan penggunaan Internet dikalangan guru pula dilaksanakan untuk mempertingkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta keberkesanan penggunaan Internet dalam pendidikan. Kajian-kajian seperti ini diharapkan dapat dimanfaatkan demi kepentingan kecemerlangan pendidikan di alaf baru.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_37_A.pdf

Download (977kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Internet (Computer network) in education - Pahang
Subject: Teaching - Pahang - Computer network resources
Call Number: FPP 1999 37
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Naim Haji Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:38
Last Modified: 25 Jul 2011 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9151
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item