Simple Search:

Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan


Citation

Shanmugam, Segaran (1999) Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam pengajaran di kalangan guru-guru di samping meninjau kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada di pusat sumber sekolah. Kajian juga mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua pusat sumber sekolah mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Bilangan media elektronik adalah kurang dibandingkan dengan media bukan elektronik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa walaupun semua guru menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran mereka, namun media bukan elektronik yang lebih popular. Terdapat juga perbezaan yang ketara dari segi kekerapan penggunaan media elektronik dan bukan elektronik. Komputer dan projektor slaid paling jarang digunakan. Guru juga berkeyakinan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran melainkan komputer dan projektor slaid. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu mereka menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang telah dikenalpasti dalam kajian ini.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_36_A.pdf

Download (688kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Teaching - Aids and devices
Subject: Education - Study and teaching - Negeri Sembilan - Port Dickson
Call Number: FPP 1999 36
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Zakaria Kasa
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:35
Last Modified: 25 Jul 2011 08:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9150
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item