Simple Search:

Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi


Citation

Talib, Othman (1999) Keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia terhadap pencapaian pelajar matrikulasi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian adalah untuk mengetahui keberkesanan kaedah penyepaduan peta konsep dalam pengajaran kimia. Strategi penggunaan peta konsep dalam kajian ini telah dibandingkan dengan strategi pengajaran secara konvensional (tradisional). Pelajar berpencapaian tinggi (N=62) dan pelajar berpencapaian rendah (N=62) yang mengambil kursus Kimia (MK 006) di peringkat matrikulasi Universiti Putra Malaysia telah dibahagikan secara rawak serah (random assigment) kepada dua kumpulan: (i) kumpulan eksperimen yang didedahkan kepada kaedah pengaj aran penyepaduan peta konsep dan; (ii) kumpulan kawalan yang didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Dengan ini setiap kumpulan masing-masing mengandungi 31 pelajar berpencapaian tinggi dan 31 pelajar berpencapaian rendah. Semua pelajar kemudiannya mengikuti unit pengajaran yang mempunyai objektif yang sarna. Dalam kajian ini, pencapaian pelajar ditentukan dengan ujian pra, ujian pasca dan ujian pengekalan yang hampir menyamai. Kesemua ujian ini mengandungi soalan tahap rendah dan soalan tahap tinggi. Ujian pra dijalankan sebelum bermulanya unit pengajaran dan ujian pasca pula dijalankan di selepas tujuh jam unit pengajaran. Selepas empat minggu, ujian pengekalan pula dijalankan. Reka bentuk kajian yang digunakan berasaskan reka bentuk eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan kumpulan kawalan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_28_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Project method in teaching
Subject: Chemistry - Study and teaching (Higher) - Malaysia
Subject: Concentrated study
Call Number: FPP 1999 28
Chairman Supervisor: Associate Professor Kamariah Abu Dakar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:15
Last Modified: 10 Jan 2011 07:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9142
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item