UPM Institutional Repository

Persepsi Motivasi Kerja Pegawai Polis di Negeri Melaka: Perbandingan Antara Inspektor dengan Anggota Pangkat Rendah


Citation

Ng, Chin Tien (1999) Persepsi Motivasi Kerja Pegawai Polis di Negeri Melaka: Perbandingan Antara Inspektor dengan Anggota Pangkat Rendah. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian perbandingan ini benujuan mengenalpasti persepsi motivasi kerja pegawai polis berpangkat Inspektor dan golongan Anggota Pangkat Rendah di Kontingen Polis Melaka. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A bertujuan memperolehi butir-butir peribadi responden. Di Bahagian B, sebanyak 14 faktor faktor motivasi kerja disenaraikan dan responden diminta memberi skor yang ditandakan dengan angka 1 (skor paling tinggi) hingga 14 (skor paling rendah) berdasarkan persepsi mereka terhadap motivasi kerja yang dihargai (dikehendaki). Di Bahagian C, responden dirninta memberi skor kepada 14 faktor motivasi yang sarna berdasarkan persepsi mereka bahawa faktor motivasi ini tersedia ada dalam psukan polis (diperolehi). Ujian statistik nonparametrik pertama yang diguna ialah Korelasi Spearman Rank. Hasil kajian mendapati Inspektor dan golongan Anggota Pangkat Rendah mempunyai persamaan yang tinggi atas kedua-dua set faktor motivasi kerja. Bagaimanapun, faktor motivasi kerja yang "diperolehi" mempunyai persamaan yang lebih tinggi daripada faktor motivasi kerja "dikehendaki". Ujian statistik nonparametrik kedua yang digunakan ialah Wilcoxon signedrank digunakan untuk mengetahui sarna ada faktor-faktor motivasi keIja yang. "dikehendaki" telah "diperolehi" ataupun sebaliknya. Hasil kajian mendapati 71 % dan 43% faktor motivasi kerja masing-masing yang dihargai oleh Inspektor dan APR telah tersedia ada dalam kerjaya PDRM. Walaupun terdapat persamaan yang tinggi atas faktor motivasi ketja yang "dikehendaki" dan "diperolehi" antara Inspektor dan APR, namun strategi untuk meningkatkan motivasi kedua-dua kumpulan pegawai ini berbeza. Inspektor didapati menghargai penugasan yang lebih pelbagai dan mencabar selain daripada ganjaran yang lebih tinggi. Bagi APR, selain daripada penugasan yang lebih mencabar, mereka juga berkeinginan menggtmakan kemahiran mereka dan melaksanakan kepiropinan dalam menjalankan tugas kepolisan. Di samping itu, APR juga berkeinginan peluang maju diri dan latihan yang lebih besar untuk tujuan meningkatkan kompetensi kerja.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_27_A.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Police - Melaka - Attitudes
Subject: Job satisfaction
Call Number: FPP 1999 27
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Hj. Turiman Suandi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:11
Last Modified: 25 Jul 2011 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9141
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item