UPM Institutional Repository

Penterjemahan metafora dalam Kitab Riyadh Al-Salihin


Citation

Samsudin, Saifulah (2015) Penterjemahan metafora dalam Kitab Riyadh Al-Salihin. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penterjemahan metafora dianggap satu isu penting dalam bidang penterjemahan. Kebanyakan metafora terikat dengan aspek budaya serta aspek linguistik teks sumber dan sudah pasti keadaan ini menyukarkan proses penterjemahan ke bahasa sasar. Justeru, kajian ini memfokus kepada aspek penterjemahan metafora ke dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam hadith Nabi Muhammad SAW. Objektif utama kajian adalah mengenal pasti metod penterjemahan metafora dalam korpus pilihan di samping mengaplikasi prosedur terjemahan metafora yang diperkenalkan oleh Newmark ke atas korpus pili han serta menilai kesesuaian penterjemahan metafora korpus. Bagi mencapai objektif ini, pengkaji menggunakan teori terjemahan Semantik dan Komunikatif yang diperkenalkan oleh Newmark. Tatacara penterjemahan metafora dalam korpus kajian turut dikenal pasti dengan mengunakan prosedur terjemahan metafora yang dicadangkan oleh Newmark. Data kajian diambil daripada terjemahan al-Hadith yang terdapat dalam kitab Terjemahan Riyad a/-Salthin terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 48 metafora dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian ini mendapati, metafora korpus kajian dapat dinilai dengan menggunakan teori Semantik & Komunikatif. Dapatan menunjukkan tiga jenis pendekatan terjemahan metafora yang diguna pakai dalam korpus kajian iaitu, penterjemahan semantik, penterjemahan komunikatif serta gabungan antara penterjemahan semantik dan komunikatif. Dari aspek teknik terjemahan, kajian menunjukkan korpus kajian hanya menggunakan em pat prosedur terjemahan metafora daripada tujuh prosedur yang diperkenalkan Newmark dengan prosedur pengekalan imej yang sama dalam bahasa sasar menunjukkan penggunaan yang paling tinggi. Manakala, dari aspek penilaian terjemahan, terdapat tiga kategori hasil terjemahan iaitu terjemahan yang diterima, terjemahan yang diterima dengan pemurnian dan terjemahan yang perlu diubah.


Download File

[img] Text
FBMK 2015 75 - IR.pdf

Download (10MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Translating and interpreting
Subject: Metaphor
Call Number: FBMK 2015 75
Chairman Supervisor: Prof. Madya Muhammad Fauzi Jumingan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Dec 2021 08:06
Last Modified: 15 Dec 2021 08:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91401
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item