Simple Search:

Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia: Kajian Amalan Latihan Bagi Kumpulan B dan Sokongan C di Penguasa Tempatan


Citation

Salleh, Zahari (1999) Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia: Kajian Amalan Latihan Bagi Kumpulan B dan Sokongan C di Penguasa Tempatan. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Pengurusan Penguasa Tempatan memainkan peranan penting dalam melatih, membangun dan mendidik kakitangan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Sejak kebelakangan ini banyak persoalan berkaitan dengan kepakaran dan kecekapan kakitangan, ditujukan kepada Penguasa Tempatan ekoran daripada berlakunya beberapa peristiwa membabitkan penguasa tempatan secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dimensi latihan dan melihat pengamalan latihan ke atas kakitangan kumpulan B dan sokongan C di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, sebuah penguasa tempatan. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri kemampuan peserta di dalam pengamalan latihan, meninjau dimensi latihan yang ada dan juga menentukan komponen latihan diamalkan di dalam melaksanakan program latihan di MPKT. Seramai 18 orang kakitangan kumpulan B dan 60 orang kakitangan kumpulan C yang dipilih sebagai sampel kajian Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan rambang melalui senarai populasi kakitangan MPKT. Soalselidik telah diedarkan dan dikumpul serta dianalisis dengan menggunakan Sistem Pakej Statistik untuk Sains Social (SPSS Ver.1). Analisis di buat ke atas skor kekerapan dan mod. Penemuan kajian menunjukkan bahawa penguasa tempatan mempunyai program latihan untuk kakitangan mereka tetapi tidak mencukupi dan tidak diuruskan dengan sebaik mungkin. Program-program latihan yang ada dan dijalankan itu hanyalah sekadar memenuhi jadual tugas tahunan dan menghabiskan peruntukan perbelanjaan yang tersedia. Terdapat kakitangan yang tidak tahu serta tidak menghadiri kursus dan latihan yang dijalankan. Penemuan juga menunjukkan kakitangan kumpulan B dan sokongan C di MPKT bersedia, malah ingin mengikuti latihan kerana beban tugas mereka membolehkan mereka mengikuti latihan. Satu lag; penemuan adalah pengamalan komponen latihan berasaskan model umum kajian. Didapati keempat-empat komponen latihan diamalkan dalam melaksanakan program latihan, tetapi perincian dan susun atur komponen tidak dititikberatkan. Pengamalannya adalah berasaskan kepoda pengamalan latihan secara konvensional.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_23_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Education - Research
Call Number: FPP 1999 23
Chairman Supervisor: Hajah Asma Ahmad, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:00
Last Modified: 26 Dec 2012 04:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9137
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item