UPM Institutional Repository

Pemetaan minda dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia


Citation

Nasuka, Anida (2015) Pemetaan minda dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokuskan pemetaan minda dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia. Kajian ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak disleksia, menjelaskan keberkesanan penggunaan peta minda dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak disleksia serta membina perisian peta minda dalam membuntu penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak disleksia. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan lapangan. Teori Sindrorn Disleksia oleh Levinson (1994) dan Model ADDIE oleh Rosset (1987) diaplikasikan dalam kajian ini. Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang kanak-kanak disleksia yang sedang menjalani latihan di Pusat Pembelajaran Khas Disleksia Ampang. Instrumen kajian ini terdiri daripada empat set soalan ujian penulisan Karangan pra dan pasca. Pendekatan penyelidikan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperoleh daripada kajian ini dianalisis melalui kajian deskriptif dan kajian inferensi Ujian-t Pengukuran Berulangan dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keputusan Ujian-t bagi keempat-empat ujian pra-pasca yang dijalankan terhadap sampel kajian menunjukkan keputusan yang signifikan (t = -4.385, df= 9, P < .05; t = -5.511, df= 9, p < .05; t = - 5.659, df= 9, P < .05; 1= -5.511, df= 9, p < .05). Nilai min bagi keempat-empat ujian pasca yang dijalankan terhadap sampel kajian juga menunjukkan peningkatan (5.7 > 3.8; 6.1 > 4.3; 6.3 > 4.1, 6.3 > 4.4). Hal ini menunjukkan keberkesanan penggunaan pemetaan minda dalam kalangan kanak-kanak disleksia. Konklusinya, pengaplikasian pemetaan minda dalam pembelajaran kanak-kanak disleksia amat digalakkan.


Download File

[img] Text
FBMK 2015 83 IR.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Dyslexic children - Education
Subject: Language disorders
Call Number: FBMK 2015 83
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 03 Nov 2021 04:30
Last Modified: 03 Nov 2021 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91228
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item