Simple Search:

Disiplin Organisasi Pembelajaran dalam Organisasi Sektor Awam Negeri Sarawak di Kawasan Kuching dan Perkaitannya dengan Iklim Organisasi


Citation

Marzuki, Mohamad Abu Bakar (1998) Disiplin Organisasi Pembelajaran dalam Organisasi Sektor Awam Negeri Sarawak di Kawasan Kuching dan Perkaitannya dengan Iklim Organisasi. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Kaj ian ini mengkaji tahap pengamalan disiplin Organisasi Pembelajaran di kalangan pekerja sektor awam negeri Sarawak di Kuching dan perkaitannya dengan iklim organisasi yang berlaku. Ia ditinjau berdasarkan persepsi yang dibuat oleh seramai 225 orang responden yang dijadikan sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada pekerja-pekerja Kumpulan Professional/Pengurusan dan Sokongan yang bertugas dalam organisasi-organisasi yang berkenaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soalselidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji. Analisis yang dilakukan ke atas data yang dikumpul dibuat dengan menggunakan beberapa kaedah statistik iaitu min, peratusan, kekerapan, sisihan piawai, analisis korelasi dan ujian 1. Hasil analisis yang dibuat, kajian ini mendapati bahawa tahap pengarnalan disiplin Organisasi Pembelajaran dalam organisasi sektor awam negeri Sarawak masih lagi berada pada tahap yang sederhana. Kajian ke atas iklim organisasi juga menunjukkan bahawa ia berada pada tahap yang sederhana. Manakala analisis korelasi yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara kedua-duanya. Dalam ujian t yang dilakukan pula, kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan dari segi persepsi antara responden berdasarkan jantina, kumpulan perkhidmatan dan jenis organisasi tempat berkhidmat.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_87_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Employees - Training of - Sarawak
Subject: Continuing education - Sarawak
Subject: Personnel management - Case studies
Call Number: FPP 1998 87
Chairman Supervisor: Dr. Bahaman Abu Samah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 06 Jan 2011 03:02
Last Modified: 27 Jul 2011 08:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9090
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item