UPM Institutional Repository

Penilaian Guru Pendidikan Seni Terhadap Kreativiti Catan Pelajar


Citation

Chua, Yan Piaw (1998) Penilaian Guru Pendidikan Seni Terhadap Kreativiti Catan Pelajar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Matlamat utama kajian ialah untuk melihat penilaian guru Pendidikan Seni terhadap kreativiti catan pelajar. Ianya juga bertujuan untuk mengenalpasti kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni serta melihat perhubungan latihan Pendidikan Seni dan kreativiti guru Pendidikan Seni. Kajian ini merupakan kajian deskriftjf menggunakan alat Ujian Kreatif Figural Torrance dan Alat Penilaian Catano Alat Ujian Kreatif Figural Torrance digunakan untuk memperolehi indeks kreativiti guru manakala Alat Penilaian Catan digunakan untuk menggumpul maklumat tentang markah catan dan kriteria penilaian catan. Seramai 34 orang guru Pendidikan Seni terlatih dan 45 orang guru Pendidikan Seni tidak terlatih dari 22 buah sekolah menengah daerah Hulu Langat dipilih sebagai subjek kajian. Enam kriteria penilaian catan guru Pendidikan Seni telah dikenalpasti melalui kajian ini, iaitu kemahiran melukis, kekemasan, kecantikan, kreativiti, logik dan tajuk. Kemahiran melukis dan kekemasan dianggap sebagai kriteria penilaian catan yang paling penting oleh guru-guru Pendidikan Seni. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru Pendidikan Seni terlatih Jebih mementingkan kreativiti daJam catan pelajar daripada guru Pendidikan Seni tidak terlatih. Kreativiti dianggap sebagai kriteria penilaian yang ketiga penting oleh guru Pendidikan Seni terlatih manakala guru Pendidikan Seni tidak terlatih menganggap kreativiti sebagai kriteria penilaian catan yang kurang penting sekali di antara keenam-enam kriteria Penilaian catan tersebut.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_66_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Art teachers - Malaysia - Evaluation - Case studies
Call Number: FPP 1998 66
Chairman Supervisor: Associate Professor Datin Dr. Hjh. Sharifah Md. Nor
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 04 Jan 2011 08:25
Last Modified: 04 Jan 2011 08:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9062
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item