UPM Institutional Repository

UPM - Savannah Jalin Kerjasama Akademik dan Penyelidikan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM - Savannah Jalin Kerjasama Akademik dan Penyelidikan. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 20 Dis – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Savannah State University, Georgia, Amerika Syarikat (SSU), menjalin kerjasama akademik dan penyelidikan dalam bidang sains, kejuruteraan dan matematik. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh berkata SSU yang merupakan antara universiti termaju di Amerika Syarikat menumpukan program pengajaran, penyelidikan dan pengembangan berkonsepkan global interdependence. “Kerjasama UPM dengan SSU perlu diperkukuhkan memandangkan wujudnya pertalian yang rapat antara universiti tertua dari Amerika Syarikat itu dengan badan penyelidikan antarabangsa seperti National Science Foundation (NSF),” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak di sini. Beliau berkata, MoU itu juga membabitkan pertukaran pelajar antara UPM dengan SSU untuk menghasilkan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi. MoU ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar bagi pihak UPM manakala SSU diwakili oleh Associate Vice President of Research and Sponsored Programs SSU, Prof. Dr. Chellu Chetty dengan disaksikan oleh Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. Mad Nasir Shamsudin dan Pengarah International Education Center SSU, Dr. Emmanuel Naniuzeyi. SSU yang ditubuhkan pada tahun 1890 dahulunya dikenali sebagai Georgia State College ia adalah institusi pengajian tinggi bertaraf HBUC (Historically Black Universiti and Colleges) serta antara institusi tertua di Georgia. Pada tahun 2010 SSU menerima peruntukan sebanyak USD10 juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan daripada NSF.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM.pdf

Download (76kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 30 Dec 2010 11:08
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9029
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item