UPM Institutional Repository

Faktor Psikososial yang Berkait dengan Pencapaian dalam Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Pinggir Bandar


Citation

Saad, Zurhiati (1998) Faktor Psikososial yang Berkait dengan Pencapaian dalam Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Pinggir Bandar. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh psikososial khususnya sikap, norma subjektif serta niat untuk memperoleh pencapaian yang baik dalam matematik di kaJangan pelajar tingkatan tiga. Sejumlah 216 orang pelajar yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 124 orang perempuan dari tiga buah kelas terbaik di tingkatan tiga dan empat buah sekolah di kawasan pinggir bandar dalam Daerah Petaling telah dipilih untuk menjawab soal-selidik. Teori Tindakan Bersebab (TTB) telah dipilih sebagai asas kerangka kajian ini bagi meramal pencapaian dalam matematik di kalangan pelajar tingkatan tiga. Komponen sikap, norma subjektif dan niat beserta komponen luaran seperti jantina, taraf sosioekonomi dan taraf pendidikan ibubapa telah digunakan untuk dibandingkan dengan pencapaian delam Matematik Peperiksaan Percubaan Setara PMR 1997. Analisis regressi menunjukkan terdapatnya gabungan pengaruh sikap terhadap pembelajaran matematik dan norma subjektif terhadap kejayaan pelajar dalam matematik ke atas pencapaian matematik , F(2, 166)=3.39, p<.04 dengan sikap sebagai pengaruh yang lebih signifikan, dengan nilai beta piawai= 0.221, p<.05. Hubungan pelbagai antara pencapaian matematik dengan sikap dan norma subjektif adalah R=.20, manakala R2=.04. Ini menunjukkan bahawa empat peratus faktor sikap dan norma subjektif dapat menerangkan perubahan pencapaian matematik di kalangan pelajar. Oleh itu TIB sememangnya boleh digunakan untuk meramalkan pencapaian matematik pelajar. Walau bagaimana pun Kadar ramalan agak kecil (4%). Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian matematik, sikap terhadap pembelajaran matematik, norma subjektif terhadap memperoleh kejayaan dalam matematik dan niat untuk memperoleh kejayaan dalam matematik di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Begitu juga di kalangan pelajar yang berlainan taraf pendidikan bapa.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_42_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Mathematics - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Subject: Mathematical ability - Testing
Call Number: FPP 1998 42
Chairman Supervisor: Dr. Rohani binti Ahmad Tarmizi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 08:53
Last Modified: 26 Jul 2011 04:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9027
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item