Simple Search:

Hubungan Persepsi Faktor Organisasi dengan Kepuasan Kerja Kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak


Citation

Arup, Rosli (1998) Hubungan Persepsi Faktor Organisasi dengan Kepuasan Kerja Kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan kakitangan JAIS. Objektif khususnya ialah untuk i) mengenalpasti persepsi terhadap tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ; ii) mengenalpasti persepsi kakitangan JAIS terhadap faktor polisi organisasi, bebanan tugas dan kemudahan di temp at kerja di JAIS; iii) mengenalpasti perkaitan antara persepsi organisasi dengan tahap kepuasan kerja; dan iv) mengenalpasti perkaitan ciri-ciri demografik dengan tahap kepuasan kerja. Satu set soal selidik digunakan untuk mengukur aspek-aspek persepsi kepuasan kerja responden yang terdiri daripada populasi 147 orang kakitangan daripada semua peringkat jawatan dan gred gaji di bahagian dan di daerah Sarawak.Data telah dikumpulkan dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Penemuan kajian menunjukkan hampir keseluruhan kakitangan JAIS merasa puas dengan pekerjaan mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor-faktor organisasi bagi polisi organisasi (r=0.609, p=0.000) dan kemudahan di tempat kerja (r=0.627, p=0.000) mempunyai kaitan yang signifikan ke atas tahap kepuasan kerja kakitangan JAIS. Manakala ciri-ciri demografik mempunyai kaitan positif yang lebih kuat signifikannya terutama umur dengan tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan JAIS (r=1.000, p=0.000). Berdasar kepada hasil kajian, antara cadangan yang boleh dilaksana oleh JAIS ialah memberi penjelasan terhadap polisi organisasi kepada kakitangannya dan meningkatkan kemudahan-kemudahan di tempat kerja supaya tahap kepuasan kerja semakin baik. Bagaimanapun bebanan tugas pula perlu dikurangkan agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas-tugas yang lebih penting dan utama.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_36_A.pdf

Download (798kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Sarawak - Officials and employees
Subject: Job satisfaction
Subject: Quality of work life
Call Number: FPP 1998 36
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Saidin bin Teh
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 30 Dec 2010 09:47
Last Modified: 12 Sep 2011 06:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9021
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item