UPM Institutional Repository

Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi Menang The Outstanding Young Malaysian Award


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi Menang The Outstanding Young Malaysian Award. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 29 Dis – Profesor di Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd. Adzir Mahdi dinobat antara 10 pemenang The Outstanding Young Malaysian Award (TOYM) 2010 anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCI) di sini. Beliau yang berumur 38 tahun dan banyak menghasilkan penyelidikan dalam bidang teknologi selain mempunyai kepakaran dalam penggandaan dan laser gentian optik dan komunikasi gentian optik telah memenangi kategori Scientific and Technology Development. “Pengiktirafan ini merupakan penghargaan kepada saintis muda di negara ini yang boleh dijadikan perangsang untuk menghasilkan lebih banyak penyelidikan dalam bidang teknologi pada masa akan datang,” katanya. Kategori lain yang dipertandingkan pada TOYM 2010 adalah Political, Legal and Government Affair, Cultural Achievment, Moral or Religious Leadership, Academic Leadership and Accomplishment, Business Economic or Entepreneurial Accomplishment, Personal Improvement and Accomplishment, Medical Innovation dan Contribution to Children, World Peace or Human Rights. Selain itu TOYM 2010 turut memberi anugerah kepada beberapa personaliti termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Shiela Majid, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. TOYM yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Piramid Petaling Jaya itu merupakan acara tahunan ke 25 sejak ia diperkenalkan di negara ini pada tahun 1985. Anugerah itu dikhaskan kepada rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai pencapaian luar biasa dalam bidang perniagaan, politik, kebudayaan, agama, keamanan dunia, hak asasi manusia, perubatan dan sains.


Download File

[img]
Preview
PDF
Prof._Dr._Mohd._Adzir_Mahdi.pdf

Download (48kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 29 Dec 2010 10:07
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9007
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item