Simple Search:

Budaya Korporat dan Komitmen Terhadap Organisasi di Kalangan Pengurusan Perak-Hanjoong Simen Sdn. Bhd., Padang Rengas, Perak


Citation

Ismail, Ahmad Fuad (1998) Budaya Korporat dan Komitmen Terhadap Organisasi di Kalangan Pengurusan Perak-Hanjoong Simen Sdn. Bhd., Padang Rengas, Perak. [Project Paper Report]

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji jenis budaya korporat, tahap komitmen terhadap organisasi dan perkaitan di antara budaya korporat dengan komitmen di kalangan pengurusan di Perak-Hanjoong Simen, Sdn. Bhd., Perak. Kajian ini juga bertujuan untuk mehhat perbandingan jenis budaya dan tahap komitmen di kalangan pengurusan atasan, pertengahan dan bawahan. Borang soalselidik telah digunakan untuk mengumpul data. Data diperoleh daripada 50 responden yang terdiri daripada pengurus, eksekutif dan penyelia. Dapatan kajian menunjukkan budaya konstruktif (constructive) adalah budaya yang paling dominan dan tahap komitmen adalah sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa budaya agresif/defensif (aggressive/defensive) mempunyai perkaitan dengan affective commitment. Penemuan kajian juga menunjukkan kakitangan pengurusan mempunyai budaya yang kuat. Mereka mempunyai persepsi norma perlakuan yang sarna. Nilai organisasi dikongsi secara meluas oleh pelbagai hieraki jawatan pengurusan. Kajian mencadangkan pihak pengurusan Perak-Hanjoong Simen Sdn. Bhd. memberi perhatian memantapkan budaya korporat sementara menambahbaik komitmen terhadap organisasi.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_15_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Perak - Hanjoong Simen Sdn. Bhd.
Subject: Corporate culture
Subject: Organizational effectiveness
Call Number: FPP 1998 15
Chairman Supervisor: Puan Hajjah Rusinah Bt. Joned
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 07:16
Last Modified: 25 Jul 2011 08:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8998
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item