Simple Search:

Hubungan Latar Belakang Guru dengan Persepsi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup


Citation

Mohd Samin, Habibah (1995) Hubungan Latar Belakang Guru dengan Persepsi Terhadap Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan melihat hubungan antara pembolehubah latar belakang guru dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Selain itu, kajian ini mengkaji perkaitan antara pembolehubah iaitu kepentingan latihan dan kemahiran guru, sokongan dan motivasi pengetua sekolah, dan juga kemudahan bekalan peralatan Kemahiran Hidup dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Populasi kajian ialah semua guru Kemahiran Hidup sekolah menengah daerah Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan kiraan frekuensi, peratusan, ujian-t dan korelasi Pearson. HasH kajian adalah seperti berikut: (1) Keseluruhan guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup, (2) Kebanyakan mereka merupakan guru bukan siswazah yang telah mengikuti kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, (3) Guru menganggap latihan dan kemahiran adalah penting, (4) Mereka menganggap kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar mencukupi dan juga pengetua memberi sokongan dan motivasi terhadap usaha mereka, (5)Terdapat hubungan yang signi fikan di antara pembolehubah-pembolehubah (umur, kepentingan latihan dan kemahiran, kemudahan bekalan peralatan dan bahan bantu mengajar, dan pembolehubah sokongan dan motivasi pengetua) dengan persepsi terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup dan (6) Pembolehubah kursus dalam perkhidmatan yang dihadiri menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walau bagaimanapun pembolehubah jantina, pengalaman mengajar, dan pengkhususan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak menunjukkan perkaitan dan perbezaan dengan persepsi guru terhadap pengajaran mata pelajaran Kemahiran hidup.


Download File

[img] PDF
FPP_1995_3_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teachers - Malaysia - Attitudes
Subject: Life skills
Subject: Perception
Call Number: FPP 1995 3
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Hapsah Nawawi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:50
Last Modified: 12 Sep 2011 03:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8911
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item