UPM Institutional Repository

Pemilihan dan Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Peringkat Menengah Atas, KBSM


Citation

Karimin, Normah (1994) Pemilihan dan Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Peringkat Menengah Atas, KBSM. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Satu kajian tentang pemilihan dan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (BM) peringkat menengah atas, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), perlu dijalankan memandangkan kepentingan bahan tersebut dalam pengajaran BM terutama dalam konteks KBSM kini dan juga di kalangan guru untuk membuat pemilihan dan penggunaan bahan tersebut bagi pengajaran BM terutama di peringkat menengah atas. Oleh itu tujuan kajian ini ialah untuk mencari maklumat-maklumat yang menyebabkan timbulnya masalah dalam pemiIihan dan penggunaan bahan sastera bagi pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat menengah atas, KBSM. Subjek kajian terdiri daripada 114 orang guru yang mengajar Bahasa Melayu di tingkatan 4 dan 5, dan 114 orang pelajar tingkatan 5, daripada 22 buah sekolah menengah di Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan.Dua kaedah telah digunakan untuk mengumpulkan data, iaitu soal selidik dan temubual. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profil guru, minat guru terhadap bahan sastera, pengalaman guru, pengetahuan guru terhadap kesusasteraan; profil pelajar, minat pelajar terhadap bahan sastera, dan hal-hal lain berkaitan pemilihan dan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat menengah atas, KBSM. Teknik temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjutan berkaitan dengan pemilihan dan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat menengah atas, KBSM.


Download File

[img] PDF
FPP_1994_9_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Malaysia - Case studies
Subject: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Subject: Malay language - Usage - Case studies
Call Number: FPP 1994 9
Chairman Supervisor: Professor Madya Hj. Taha Abd Kadir
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:26
Last Modified: 23 Dec 2010 09:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8903
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item