Citation
Pengiran Damit, Pengiran Mahmud
(1992)
Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-pelajar Melayu di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei/Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini cuba mendapatkan data tentang kesalahan tatabahasa
dan tanda bacaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Melayu yang belajar di
Tingkatan Dua, iaitu dua buah sekolah menengah dari daerah Tutong, dan dua
buah sekolah menengah dari daerah Brunei/Muara. Dua bentuk ujian telah
di kemukakan kepada sampel, iaitu ujian menulis karangan dan ujian objektif
pelbagai pilihan. Kedua-dua ujian tersebut bertujuan untuk mencari kesal
ahan dalam aspek penggunaan imbuhan, penggunaan perkataan, pembentukan
ayat dan penggunaan tanda bacaan. Setelah semua data diproses dan
dianalisis, penyelidikan ini telah menghasilkan dapatan-dapatan dan
rumusan-rumusan seperti yang berikut: (i) Dalam 200 buah karangan yang
jumlah perkataannya lebih kurang 30,000 patah, didapati sampel tel ah
melakukan kesalahan sebanyak 1,736. Purata kesalahan bagi setiap sampel
adalah 8.68. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pili han yang mempunyai
sebanyak 10,000 soalan semuanya, didapati sampel telah melakukan kesalahan sebanyak 2,030. Purata kesalahan seti ap sampel bagi ujian ini
adalah sebanyak 10.15. Jumlah kesal ahan bagi setiap sam pel untuk keduadua
ujian adal ah sebanyak 18.83 kali, atau sebanyak 9.4 bagi setiap sampel
untuk satu jenis ujian, (ii) Dalam ujian karangan aspek yang paling tinggi
kekerapan kesalahannya dilakukan sampel ialah pembentukan ayat, iaitu
sebanyak 624 atau 35.94%. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pilihan
pula didapati kesalahan aspek tanda baeaan yang paling tinggi kekerapannya,
iaitu sebanyak 787 atau 38.77%.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Brunei - Muara - Grammar - Errors of usage |
Subject: |
Malay language - Brunei - Tutong- Grammar - Errors of usage |
Subject: |
Malay language - Brunei - Muara - Punctuation - Errors of usage |
Call Number: |
FPP 1992 4 |
Chairman Supervisor: |
Professor Madya Dr. Abdul Hamid Mahmood |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Nurul Hayatie Hashim
|
Date Deposited: |
23 Dec 2010 07:39 |
Last Modified: |
12 Sep 2011 01:39 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8876 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |