Simple Search:

UPM Terima Sumbangan 1,200 Naskhah Buku Bahasa Cina


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Terima Sumbangan 1,200 Naskhah Buku Bahasa Cina. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 16 Disember – Koleksi Khas Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima sejumlah 1,200 judul naskhah sastera rujukan bahasa Cina bernilai RM60 ribu daripada Lee Kim Siew, 75, baru-baru ini. Bekas guru besar Chi Wen Private Secondary School, Bahau, Negeri Sembilan, itu menyerahkan sebahagian daripada 36,000 koleksi peribadinya setelah mendapati perpustakaan UPM masih kekurangan bahan rujukan bahasa Cina ketika beliau mengunjungi perpustakaan itu sebelum ini. “Saya berharap sumbangan ini boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar dan pensyarah yang mengambil jurusan pengajian Bahasa Cina di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM,” katanya ketika menghadiri Majlis Penyerahan Buku Hadiah Bahasa Cina untuk Koleksi Khas perpustakaan itu. Beliau memilih untuk tidak menurunkan warisan buku-buku tersebut kepada anak-anaknya kerana mereka merupakan graduan jurusan Sains dan tidak berminat mendalami bidang sastera bahasa Cina. Lee turut menyumbang buku-bukunya ke perpustakaan di beberapa negara antaranya di Thailand, China dan Malaysia malah perpustakaan UPM merupakan universiti tempatan pertama menerima sumbangan itu. Ketua Pustakawan UPM, Amir Hussain Md. Ishak berkata sumbangan buku itu merupakan sumbangan terbesar yang diterima oleh pihaknya pada tahun ini. “Sumbangan seperti ini merupakan satu cara perkongsian dan penyebaran ilmu sesama masyarakat dan ia boleh menjadi contoh kepada pihak yang turut ingin menyumbangkan buku-buku mereka di masa akan datang,” katanya. Pada masa kini Perpustakaan UPM memiliki 2,253 judul buku dan 4,153 buku bahasa Cina di bahagian Koleksi Khas. Koleksi Khas yang diwujudkan pada tahun 1997, hasil percantuman koleksi-koleksi Malaysiana, Buku Berbintik Merah, Tesis, Kertas Projek, Pendidikan Jarak Jauh, dan Koleksi Prof. Chin. Pada tahun 2001, koleksi ini telah berkembang dan menempatkan buku-buku yang ditulis di dalam bahasa asing, selain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Koleksi ini meliputi buku berbahasa Arab, Cina, Jepun, dan lain-lain di dalam pelbagai bidang perkara.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Terima_Sumbangan_1,200_Naskhah_Buku_Bahasa_Cina.pdf

Download (83kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 21 Dec 2010 08:58
Last Modified: 27 May 2013 07:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8858
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item