UPM Institutional Repository

Pengajaran kesusasteraan Melayu: satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah kebangsaan


Citation

Salleh, Ibrahim (1985) Pengajaran kesusasteraan Melayu: satu kajian mengenai permasalahannya di peringkat tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah kebangsaan. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk melihat permasalahan dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat Tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan. Sebanyak 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Sembilan dan sebanyak 108 orang guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah itu terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan kerana masalah pengajaran Kesusasteraan Melayu, terutama dari segi objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran, pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan serta sikap guru masih lagi wujud walaupun mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah lama diperkenalkan. Data-data telah dikumpulkan menerusi soal selidik, temuduga berstruktur dan pemerhatian. Data-data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil yang didapati ialah guru-guru yang mengajar Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan itu tidak jelas mengenai objektif pengajaran Kesusasteraan Melayu yang sebenarnya. Mereka juga tidak jelas mengenai makna istilah pendekatan, kaedah dan teknik serta tidak dapat membezakan istilah-istilah tersebut. Guruguru Kesus asteraan Melayu juga didapati mengabaikan aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan. Bahan-bahan yang dipilih dan digunakan itu adalah terdiri daripada bahan-bahan yang mudah dipero lehi dan tidak terjamin kebolehpercayaannya seperti buku-buku ulasan teks dan siri buku panduan lulus peperiksaan.


Download File

[img] Text
FPP_1985_1 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay literature - Study and teaching (Secondary)
Call Number: FPP 1985 1
Chairman Supervisor: Professor Madya Abdul Hamid Mahmood
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 21 Dec 2010 04:43
Last Modified: 05 Mar 2024 07:00
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8843
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item