UPM Institutional Repository

Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia di sekolah menengah rendah kebangsaan di Negeri Selangor


Citation

Mohd.Tahir, Ahmad (1982) Pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia di sekolah menengah rendah kebangsaan di Negeri Selangor. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kedudukan pengajaran tatabahasa bahasa Malaysia di peringkat Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di negeri Selangor. Kajian ini dilakukan adalah ekoran dari masalah prestasi bahasa Malaysia di kalangan murid-murid sekolah yang semakin merosot dan terdapat pula penggunaan bahasa Malaysia yang salah tidak tepat dan janggal sehingga berZaku pencemaran bahasa. Dengan menggunakan percontohan rawak berperingkat seramai 253 orang guru bahasa Malaysia yang mengajar di 23 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Selangor telah diedarkan soalselidik untuk mendapatkan data serta maklumat yang diperlukan. Data telah di anaisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan purata dan sisihan lazim. Ujian chi-square telah digunakan untuk melihat perbezaan di antara angkubah guru dan kaedah mengajar yang terpilih di paras signifikan 0.05. Kajian ini mendapati lebih separuh daripada responden mengatakan bahawa objektif am pengajaran tatabahasa adalah untuk kemahiran berbahasa murid dan bakinya mengatakan perlu mengetahui hukum-hukum tatabahasa ataupun kedua-duanya sekali.


Download File

[img] Text
FPP_1982_1 IR.pdf

Download (916kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching - Selangor
Subject: Malay language - Grammar
Call Number: FPP 1982 1
Chairman Supervisor: Dr. Kamaruddin Haji Kachar
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 21 Dec 2010 01:57
Last Modified: 05 Mar 2024 03:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8830
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item