Simple Search:

Sosialisasi Dan Tingkahlaku Kewangan Remaja


Citation

Sabri, Mohamad Fazli (2002) Sosialisasi Dan Tingkahlaku Kewangan Remaja. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji tingkahlaku kewangan remaja, sosialisasi kewangan serta mengenalpasti faktor-faktor yang mempenga ruhi tingka hlaku kewangan remaja. Kaedah persampelan mudah (convenience sampling) digunakan dan data dikutip menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh pelajar tahun satu di Universiti Putra Malaysia. Sejumlah 3500 borang soal selidik telah diedarkan untuk kajian ini. Kutipan data telah dijalankan dalam tahun 2001. Sebanyak 2219 soal selidik telah dijawab dengan lengkap dan dianalisa. Kajian terdiri daripada 67.9% remaja perempuan dan selebihnya adalah remaja lelaki yang berada diperingkat akhir remaja. Kajian mendapati majoriti remaja mengalami masalah kewangan walaupun mereka menyatakan mempunyai amalan pengu rusan kewangan yang baik. Tingkahlaku kewangan remaja ini sebenarnya dipengaruhi oleh interaksi mereka dengan agen sosialisasi. Majoriti remaja berinteraksi dengan rakan sebaya, ibu bapa dan media dalam aspek penggunaan. Ujian Regresi Pelbagai (Stepwise) menunjukkan angkubah yang memberikan sumbangan signifikan untuk menerangkan variasi interaksi remaja dengan rakan sebaya ialah interaksi dengan media massa, bilangan masalah kewangan, interaksi dengan ibu bapa, jumlah masa dengan rakan, bilangan adik beradik dan bilangan sumber kewangan.


Download File

[img] PDF
FEM_2002_4_A.pdf

Download (514kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Teenagers - Social aspects
Subject: Socialization - Teenagers - Financial aspects
Call Number: FEM 2002 4
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Jariah Masud
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 15:25
Last Modified: 17 Dec 2010 15:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8780
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item