Simple Search:

Pemindahan Bahasa Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun


Citation

Dani, Noor Aina (1996) Pemindahan Bahasa Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar-Pelajar Dusun. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk memperinci fenomenon pemindahan bahasa dalam proses pembelajaran bahasa Melayu baku (seterusnya disebut 82) di kalangan pelajar-pelajar suku kaum Dusun di Sabah. Penyelidikan ditadbir ke atas sejumlah 100 pelajar Tingkatan Empat di lima buah sekolah menengah dalam daerah Papar, Sabah. Dapatan penyelidikan diperolehi daripada penulisan karangan, pertuturan lisan , dan ujian bacaan yang dihasilkan dalam kelas-kelas bahasa Melayu. Keputusan analisis kesilapan ke atas karangan para pelajar menunjukkan bahawa aspek ayat 82, khususnya ayat majmuk paling kerap dipengaruhi pemindahan bahasa. Kebanyakan struktur binaan ayat-ayat tersebut adalah terjemahan literal daripada struktur-struktur ayat bahasa Dusun. 8entuk-bentuk pemindahan bahasa seperti percampuran kod dan penukaran kod ternyata mempengaruhi pertuturan 82 para pelajar. Namun percampuran kod merupakan bentuk yang dominan. Para pelajar mencampurkan kod 82 mereka sarna ada dengan kod bahasa ibunda atau dialek Melayu Sabah. Interfanguage seperti generalisasi berlebihan, simplifikasi, dan penyangkalan turut mempengaruhi pertuturan 82 para pelajar, tetapi yang paling ketara ialah generalisasi berlebihan. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar menggunakan peraturan linguistik 82 yang melampaui domain lazim peraturan tatabahasa tersebut. Sebutan pelajar juga didapati menyimpang daripada sebutan bahasa Melayu baku. Penyimpangan sebutan itu berlaku kerana pelajar memindahkan fonologi bahasa Dusunnya ke dalam aspek leksikal 82. Umpamanya, analisis ke atas ujian bacaan para pelajar membuktikan bahawa terdapat kekerapan penggantian bunyi fonem vokal e pepet 82 dengan bunyi fonem vokal /a/. Akibat pemindahan bahasa maka para pelajar sering menggunakan beberapa kata pinjaman daripada bahasa Dusun, dialek Melayu Sabah, dan kata Melayu yang telah diDusunkan. Dengan itu penyelidik merumuskan bahawa pemindahan bahasa memang mempengaruhi pencapaian bahasa Melayu para pelajar. Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik ialah mengadakan latihan-Iatihan struktur binaan ayat 82, memaksimumkan komunikasi 82 dalam bilik darjah, mengadakan pertandingan bahasa antara kumpulan, aktiviti-aktiviti lisan, strategi mencari makna kata berdasarkan konteks klu, dan program pendedahan bahasa.


Download File

[img] PDF
FBMK_1996_2_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Universiti Pertanian Malaysia - Dissertations
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Sabah - Papar - Case studies
Subject: Language transfer (Language learning)
Call Number: FBMK 1996 2
Chairman Supervisor: Professor Abdul Hamid Mahmood, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 09:03
Last Modified: 08 Sep 2011 16:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8744
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item