UPM Institutional Repository

Kesan pakej pengajaran biologi melalui multimedia terhadap pelajar


Citation

Ibrahim, Azmi (2002) Kesan pakej pengajaran biologi melalui multimedia terhadap pelajar. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam pendidikan berlaku dengan pesat di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti. Satu cabaran menyediakan pakej multimedia bagi mana-mana kumpulan sasaran ialah pakej yang dibentuk semestinya mengandungi unsur-unsur inovatif, kreatif dan interaktif supaya dapat menambahkan minat kumpulan sasaran. Kemahiran yang tinggi diperlukan dalam menyediakan pakej multimedia bagi mengabungkan unsur-unsur multimedia, teknik-teknik pengajaran dan yang penting sekali isi kandungannya. Ini supaya ia boleh menjadi satu alat pengajaran yang berkesan. Penyelidikan ini bertujuan mereka bentuk modul biologi bagi meningkatkan pencapaian pengetahuan apabila pengajaran satu topik biologi dilakukan menerusi Kaedah Pengajaran Melalui Multimedia (KPM). Keberkesanan kaedah KPM ini dibandingkan dengan Kaedah Tradisional (TRAD). Penyelidikan ini dilakukan terhadap pelajar Matrikulasi Semester satu dan dua Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 1999/2000 di Kolej Yayasan Pelajaran MARA Bangi, Selangor. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan kepada ujian sikap pm olahan dan ujian pencapaian pengetahuan pra olahan. Empat kumpulan yang terhasil ialah Kumpulan Tinggi Sikap-Tinggi Pencapaian (IT), Tinggi Sikap-Rendah Pencapaian (TR), Rendah Sikap-Tinggi Pencapaian (RT) dan Rendah Sikap-Rendah Pencapaian (RR). Setiap kumpulan terdiri daTi dua puluh orang pelajar dan dibahagikan dua pula secara rawak. Satu babagian mengikuti olahan kaedah KPM dan satu bahagian lagi mengikuti olahan kaedab TRAD. Ujian lepas olahan diberikan kepada kedua-dua kumpulan tersebut. Ujian ANOVA dan Duncan digunakan untuk manganalisis data pencapaian pengetahuan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah KPM tidak memberikan perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pengetahuan berbanding dengan kaedah TRAD, namun demikian apabila dianalisis kumpulan demi kumpulan didapati kumpulan TR menunjukkan perbezaan yang signifikan.


Download File

[img] Text
FSKTM_2002_5 IR.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Biology - Computer-assisted instruction
Subject: Biology - Study and teaching
Subject: Biology - Interactive multimedia
Call Number: FSKTM 2002 5
Chairman Supervisor: Ismail Abdullah, PhD
Divisions: Faculty of Computer Science and Information Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 09 Dec 2010 06:26
Last Modified: 27 Dec 2023 01:47
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8686
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item