Simple Search:

Fungsi Sistem Hipermedia dan Pengintegrasiannya


Citation

Md Saman, Azmi (1997) Fungsi Sistem Hipermedia dan Pengintegrasiannya. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tesis ini membincangkan tentang kajian mengenai fungsi-fungsi Sistem Hipermedia serta pengintegrasian fungsi-fungsi tersebut. Kajian dilakukan dengan mengkaji Reka Bentuk sistem hipermedia yang telah wujud dan membina satu Sistem Prototaip Penyemak Seimbas Hipermedia (Mikromedia). Mikromedia dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic. Mikromedia beroperasi dalam persekitaran pengaturcaraan tetingkap menggunakan komputer peribadi multimedia (multimedia PC). Salah satu fungsi utarna Mikromedia adalah sebagai penyemak seimbas untuk memaparkan dokumen hipermedia. Dokumen hipermedia ini boleh dibina oleh pengguna menggunakan Editor Teks yang terdapat dalarn Mikromedia. Dokumen hipermedia yang hendak dibina mesti menggunakan Bahasa Hiperteks Mikromedia. Bahasa Hiperteks Mikromedia merupakan satu Bahasa Tandaan (Markup Language) yang digunakan untuk 'mengaturcara' dokumen hipermedia. Penggunaan Bahasa Hiperteks Mikromedia ini harnpir sarna dengan konsep HTML (HyperText Markup Language) untuk dokumen dalam Web. Mikromedia mempunyai beberapa fungsi untuk membantu pengguna membina atau mengarang dokumen hipermedia. Fungsi-fungsi tersebut adalah Editor Teks, Editor Grafik, Editor Audio, Penterjemah Teks-kepada-penuturan (Text-to-speech) dan Sistem Bantuan. Pengguna boleh membina koleksi maklumat yang mengandungi teks, grafik, suara dan video yang dintegrasikan ke dalam dokumen hipermedia. Mikromedia juga boleh digunakan sebagai sistem pengarang untuk membangunkan Buku Elektronik bagi komputer tersendiri dengan menggunakan konsep hipermedia.


Download File

[img] PDF
FSAS_1997_24_A.pdf

Download (609kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Interactive media
Subject: Hypertext systems
Call Number: FSAS 1997 24
Chairman Supervisor: Dr. Md Yazid Mohd Saman
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Dec 2010 09:52
Last Modified: 08 Dec 2010 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8639
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item