UPM Institutional Repository

Strategi kritikan dalam kalangan generasi Z


Citation

Yusof, Maslida and Hamzah, Zaitul Azma Zainon and Jaafar, Salinah and Baharuddin, Rusmadi (2020) Strategi kritikan dalam kalangan generasi Z. Jurnal Melayu, spec.. 478 - 491. ISSN 1675-7513

Abstract

Salah satu fungsi dalam lakuan tutur dalam komunikasi ialah kritikan. Lakuan tutur kritikan ialah lakuan yang digunakan oleh penutur untuk menilai secara negatif apa yang diperkata atau apa yang dilakukan oleh pendengar dengan niat untuk menambah baik atau memperbaiki perkataan atau perbuatan yang telah dilakukan. Justeru penulisan ini akan meneliti strategi lakuan kritikan yang digunakan oleh Generasi Z iaitu generasi teknologi. Dua situasi kritikan yang melibatkan kaedah Tugas Penyempurnaan Wacana diedarkan kepada responden Generasi Z. Seramai 150 sampel data dikumpulkan daripada 19 pelajar tingkatan 4, 47 pelajar tingkatan 6 dan 84 pelajar prasiswazah tahun 1 dan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan strategi mengkritik berdasar model kritikan yang dicadangkan oleh Nguyen (2005). Kajian ini mendapati Generasi Z menggunakan kedua-dua strategi kritikan iaitu strategi kritikan langsung dan strategi tidak langsung. Dalam strategi langsung, Generasi Z lebih kerap menggunakan strategi penilaian negatif, manakala dalam strategi tidak langsung, strategi ke arah perubahan lebih kerap digunakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan keduadua strategi langsung dan tidak langsung ini, didapati strategi kritikan tidak langsung lebih kerap digunakan dalam kalangan Generasi Z dalam menyampaikan kritikan mereka. Dapatan ini menunjukkan Generasi Z masih lagi memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar sebagaimana generasi yang sebelum mereka.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/44400

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Face; Generation Z; Criticism; Speech acts; Strategies
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 26 Oct 2023 07:19
Last Modified: 26 Oct 2023 07:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85924
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item