UPM Institutional Repository

Kebangkitan semula muzik Guzheng ensembel di Lembah Klang, Malaysia


Citation

Mok, Vivien (2019) Kebangkitan semula muzik Guzheng ensembel di Lembah Klang, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini mengkaji tentang kebangkitan semula muzik Guzheng ensembel di Lembah Klang, Malaysia. Menjelang akhir abad ke-20, peluang integrasi aktiviti muzik antara negara China dan Malaysia telah dipertingkatkan. Muzik tradisional Cina telah diperkenalkan di Malaysia atas sebab imigrasi penduduk negara China ke Malaysia. Pengenalan dan kemasukan alat muzik tradisional Cina dari Negara China pada awal abad ke-20 telah menyediakan asas untuk membangunkan budaya muzik Guzheng di Malaysia. Memandangkan bilangan pemain Guzheng semakin bertambah, bentuk persembahan Guzheng solo juga telah dibangkit semula menjadi Guzheng ensembel. Kajian ini memberi fokus kepada penubuhan, pembentukan dan perkembangan sesebuah Guzheng ensembel. Lima tema yang digunakan dalam teori kebangkitan muzik telah dikaitkan dalam proses kebangkitan semula Guzheng ensembel di Lembah Klang. Antara tema yang digunakan adalah motivasi dan keinginan untuk berbangkit (activism and the desire for change), penilaian dan pentafsiran semula terhadap sejarah (the valuation and reinterpretation of history), kesahihan dan keaslian (legitimacy and authenticity), penghantaran dan penyebaran (transmission and dissemination), serta transformasi dan pengubahsuaian semula (recontextualization and transformation). Tiga buah kumpulan Guzheng ensembel, iaitu Oriental String, DingTian (DT) Guzheng Ensembel dan Art Melody Guzheng Ensembel telah ditumpu sebagai kajian kes. Kajian kes ini merupakan kajian kualitatif, dengan menggunakan pendekatan etnografi. Pemerhatian ikut serta dan temu bual semi struktur telah digunakan sebagai teknik pengumpulan data. Dapatan kajian ini menunjukkan kebangkitan semula muzik Guzheng ensembel di Lembah Klang adalah dipengaruhi oleh motivasi, keinginan berubah dan tindakan dari ejen kebangkitan. Untuk membangkitkan sesebuah Guzheng ensembel, perkara seperti: pemilihan kelayakan guru, penentuan kemasukan ahli pemain Guzheng, jenis seni persembahan, pemilihan repertoire serta teknik pengajaran dan pembelajaran harus dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, masalah sumber manusia dan kewangan tetap menjadi satu penghalang bagi ejen kebangkitan untuk memperkembangkan kumpulan Guzheng Ensembel. Kajian ini menjadi panduan asas dan membekalkan maklumat tentang kebangkitan budaya serta membantu pengkaji yang lain untuk meneruskan kajian berkaitan dengan kebangkitan muzik, terutama dalam bentuk persembahan Guzheng.


Download File

[img] Text
FEM 2020 8 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Music - Chinese influences
Subject: Zheng
Subject: Musical instruments
Call Number: FEM 2020 8
Chairman Supervisor: Prof. Madya Loo Fung Chiat, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 07 Oct 2021 03:22
Last Modified: 07 Oct 2021 03:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85791
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item