UPM Institutional Repository

107 Pelajar Pasca Siswazah Antarabangsa UPM Perkukuhkan Bahasa Inggeris


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) 107 Pelajar Pasca Siswazah Antarabangsa UPM Perkukuhkan Bahasa Inggeris. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 8 April - Seramai 107 pelajar Tertiary English Programme (TEP) menyertai Majlis Networking Evening bagi membina keyakinan diri berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ketua Pegawai Eksekutif UPM Education & Training Sdn. Bhd., Prof. Dr. Abdul Aziz Saharee berkata program yang dilaksanakan pada hujung semester bagi menilai keupayaan pelajar dan hasil pembelajaran. Menurut beliau, pelajar bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan tetamu jemputan untuk membina jaringan antara satu sama lain. “Pelajar akan dinilai sebagai sebahagian penilaian akhir program TEP,” katanya pada majlis perasmian Majlis Networking Evening bersama pelajar TEP anjuran UPM Education & Training Sdn. Bhd. di Fakulti Kejuruteraan baru-baru ini. Tambah beliau, program itu merupakan syarat wajib bagi pelajar yang ditawarkan kemasukan secara bersyarat sebagai pelajar Pasca Siswazah Antarabangsa UPM. “Program ini turut memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka terhadap keyakinan diri serta kemahiran komunikasi bagi membina jaringan antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, pelajar Sarjana Kejuruteraan Industrial, Elham Falatooni, 25, yang berasal daripada negara Iran berkata program itu memberikan peluang untuk memperbaiki pertuturan beliau dalam Bahasa Inggeris. “Program sebegini membantu pelajar antarabangsa lain yang mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Inggeris,” katanya Rakannya Yu Bin, 26, daripada negara China berkata program TES telah membantu beliau membina jaringan dengan rakan-rakan pengajian serta pensyarah UPM untuk memahami pembelajaran serta budaya Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
107_Pelajar_Pasca_Siswazah_Antarabangsa_UPM_Perkukuhkan_Bahasa_Inggeris.pdf

Download (111kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mohd Zulkifly Othman
Date Deposited: 01 Dec 2010 07:43
Last Modified: 27 May 2013 07:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8574
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item