UPM Institutional Repository

Kajian tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai bahaya kebakaran


Citation

Sitam, Matlin (1998) Kajian tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengenai bahaya kebakaran. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian mengenai tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan di S.M.K. Bandar Tun Razak, Jalan Jaya dan S.M.K. Cheras, Jalan Tenteram, Kuala Lumpur. Oleh kerana tahap kesedaran terhadap bahaya kebakaran tidak dapat diukur sccara kuantitatif, maka beberapa petunjuk yang tertentu telah digunakan untuk mengkaji tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah mengenai bahaya kebakaran seperti jantina, tingkatan, sekolah. kekerapan mengikuti 'fire drill' elan pengetahuan mengenai mengguna dan mengetahui kedudukan alat-alat kebombaan yang terdapat di sekolah. Pengumpulan maklumat dan data diperolehi melalui soalselidik ke atas responden dan juga lawatan ke sekolah-sekolah berkenaan. Seramai 132 orang responden daripada dua buah sekolah telah dipilih yang terdiri daripada murid-murid dari tingkatan dua dan lima. Analisis data dibuat dengan menggunakan kaedah peratusan, carta frekuensi dan perbezaan ketara minima ( Least significant difference ). Basil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungkait antara tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah di Kuala Lumpur mengenai bahaya kebakaran dengan jantina, tingkatan, sekolah dan kekerapan mengikuti 'fire drill'. Kajian ini juga menunjuk tahap kesedaran murid-murid sekolah menengah adalah tinggi iaitu melebihi 70%. Beberapa cadangan yang perlu diambil tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat demi meningkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan murid-murid sekolah menengah di Kuala Lumpur dan penekanan adalah diberi kepada latihan kebakaran dan penyelanggaraan peralatan kebombaan yang terdapat di sekolah-sekolah mengikut garis panduan yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan.


Download File

[img] Text
FK 1998 25 IR.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Fire drills
Subject: Safety
Call Number: FK 1998 25
Chairman Supervisor: Dr. Mohammad Bin Daud
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 17 May 2021 00:53
Last Modified: 17 May 2021 00:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/85563
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item