UPM Institutional Repository

Kod Amalan MIROS Terap Sistem Keselamatan Pengguna Bas di Jalan Raya


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Kod Amalan MIROS Terap Sistem Keselamatan Pengguna Bas di Jalan Raya. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 14 Mac – Pengurusan perkhidmatan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran untuk Sektor Pengangkutan yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menjadi pemangkin kepada pengurangan kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan bas. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata kod operasi piawai yang dibangun sekitar tahun 2007 ini boleh dijadikan panduan kepada pentadbir perkhidmatan pengangkutan terutama dalam bidang pengurusan pemandu, kenderaan, risiko perjalanan dan rekod yang teratur. “Berdasarkan data statistik Polis Diraja Malaysia, dalam tempoh lima tahun sahaja kemalangan jalan raya melibatkan bas meningkat sebanyak 100% dari tahun 2000 hingga 2005. “Jumlah ini boleh meningkat sekiranya masyarakat masih tidak peka dan asyik menunding jari kepada pemandu apabila berlaku kemalangan walhal masalah sebenarnya terletak terhadap sistem pengurusan sesebuah syarikat pengangkutan bas tersebut,” kata beliau ketika merasmikan seminar Profesionalisme Pentadbir Perkhidmatan Pengangkutan IPTA. Seminar itu juga bertujuan membincangkan kepentingan maklumat berkaitan dengan penyelenggaraan sistem pengurusan dokumentasi pengangkutan sebagai satu keperluan minimum, serta meningkatkan kelancaran operasi perkhidmatan pengangkutan pelajar di setiap IPTA. Ia juga memberi kefahaman dan maklumat perkhidmatan pengangkutan yang komprehensif kepada pentadbir awam di IPTA yang berdepan cabaran semasa mengurus kemudahan sistem yang berkualiti. Seminar yang disertai 15 buah IPTA itu dianjurkan oleh Seksyen Perkhidmatan Kenderaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.


Download File

[img]
Preview
PDF
Kod_Amalan_MIROS.pdf

Download (73kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 18 Mar 2011 03:16
Last Modified: 27 May 2013 06:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item