UPM Institutional Repository

Perbandingan penguasaan sintaksis Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di daerah Hulu Langat, Malaysia


Citation

Syed Abd Hamid, Syed Mohd Annas (2018) Perbandingan penguasaan sintaksis Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di daerah Hulu Langat, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian berbentuk penguasaan sintaksis adalah kritikal terutama melibatkan penguasaan sintaksis terutamanya Bahasa Arab. Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar, mereka menghadapi beberapa topik sintaksis Arab yang sukar difahami. Oleh yang demikian, data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan kaedah peratusan. Didapati dari kajian rintis pelajar-pelajar menghadapi masalah yang kritikal terhadap topik-topik sintaksis Arab. Oleh sebab itu, perbandingan kedua-dua sekolah ini membawa kepada skala yang lebih besar terhadap kajian siktaksis Arab yang lebih bermakna dalam bidang kajian bahasa Arab Oleh itu, tujuan utama kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti (1) tahap penguasaan sintaksisbahasa Arab dalam kalangan pelajar daerah Hulu Langat, (2) untuk membandingkan tahap penguasaan sintaksis bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, (3) mengenal pasti tajuk-tajuk sintaksis yang sukar untuk dikuasai pelajar. Kajian ini dijalankan terhadap 130 orang pelajar tingkatan 5, Sekolah Agama Menengah (SAM) Hulu Langat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data-data terkumpul melalui soalan bertulis.. Frekuansi dan peratusan digunakan bagi mengukur pencapaian soalan bertulis pelajar. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran menulis responden dalam sintaksis bahasa Arab adalah lemah. Perbandingan tahap penguasaan menulis antara SAM Hulu Langat dan SMKA Maahad Hamidiah pula menunjukkan pelajar dari SMKA Maahad Hamidiah lebih menguasai kemahiran menulis tajuk sintaksis berbanding pelajar dari SAM Hulu Langat. Di samping itu, tajuk-tajuk yang sukar untuk dikuasai oleh pelajar dalam ujian bertulis ialah adalah Al-Fā’il, Al-Mubtada’ Wal Khobar, Al-Maf’ūl Bihi, An-Na’tu, Al- Af’āl Al-Khomsah dan Al-Asmā’ Al-Khomsah.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 89 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Syntax
Subject: Arabic language - Malaysia - Study and teaching (Secondary) - Case studies - Malaysia
Call Number: FBMK 2018 89
Chairman Supervisor: Profesor Madya Abdul Halim Muhammad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 17 Sep 2020 07:42
Last Modified: 06 Jan 2022 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83402
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item