UPM Institutional Repository

Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia


Citation

Md Adam, Nur Faaizah (2018) Pelestarian bahasa kensiu di Kampung Lubuk Legong, Kedah, Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Fenomena keterancaman bahasa banyak berlaku kepada bahasa minoriti khususnya bahasa orang Asli. Menurut kajian lepas, bahasa Kensiu merupakan salah satu bahasa orang Asli yang telah mengalami ancaman kepupusan. Dengan jumlah penutur seramai 292 orang sahaja bahasa ini seolah-olah berpotensi untuk mengalami kepupusan kerana memiliki jumlah penutur yang sedikit dan bersifat minoriti. Berdasarkan hakikat ini pengkaji akan mengenal pasti aspek leksikal dalam bahasa Kensiu mengikut senarai Swadesh dengan menggunakan teori leksikostatistik yang dipelopori oleh Keraf (1984), menganalisis pemillihan dan penggunaan bahasa masyarakat Kensiu berdasarkan domain dan menghuraikan pelestarian bahasa Kensiu berdasarkan kerangka tipologi keterancaman bahasa Edward (1992), Sasse (1992) dan Grimes (2002). Oleh itu persoalan yang akan dijawab berdasarkan objektif ini ialah berkenaan pelestarian bahasa orang Asli di Kampung Lubuk Legong berdasarkan leksikal, pemilihan melalui domain dan tipologi keterancaman bahasa. Seramai 150 responden digunakan dalam kajian ini yang terdiri dari kelompok umur 6 hingga 17 tahun, 18 hingga 39 tahun dan 40 ke atas. Pengkaji menggunakan pendekatan etnografi dan pengumpulan data diperoleh daripada kaedah temu bual, pemerhatian, tinjauan, kepustakaan dan soal selidik.Dapatan kajian berdasarkan senarai Swadesh menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami beberapa perubahan leksikal dan fonologi. Hal ini menunjukkan bahasa Kensiu telah mengalami pengembangan bahasa. Manakala dalam kata bertema seperti leksikal cuaca, tubuh badan, panggilan dalam keluarga, tumbuhan dan hutan, bentuk muka bumi dan perlakuan perasaan bahasa Kensiu dilihat masih mengekalkan keaslian bahasanya. Berdasarkan sikap pemilihan bahasa dalam kalangan orang Asli Kensiu dilihat bahasa ibunda mereka dapat dilestarikan dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain kemasyarakatan dan domain kendiri. Huraian tipologi keterancaman bahasa pula menunjukkan bahasa Kensiu masih boleh dilestarikan dalam kelompok mereka kerana masih menjadi bahasa utama dalam kalangan masyarakatnya. Kesimpulannya, bahasa Kensiu dikategori dalam bahasa yang stabil tetapi terancam, iaitu bahasa yang digunakan oleh semua kanak-kanak dan orang dewasa tetapi jumlahnya sangat sedikit. Jika dibandingkan dengan tahap UNESCO pula bahasa Kensiu berada dalam keadaan yang selamat iaitu masih digunakan oleh semua peringkat umur dari kanak-kanak lagi Walaupun bahasa Kensiu masih terpelihara tetapi usaha pelestarian perlu dilakukan untuk memastikan bahasa ini kekal pada masa hadapan.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 77 - IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Orang Asli (Malaysian people) - Language
Subject: Semang language
Call Number: FBMK 2018 77
Chairman Supervisor: Profesor Madya Mohd Sharifudin bin Yusop, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 04:08
Last Modified: 11 Sep 2020 04:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83365
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item