UPM Institutional Repository

Persepsi ibu bapa kumpulan etnik cina terhadap bentuk badan kanak-kanak pra-sekolah (3-6 tahun) di sekitar Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur


Citation

Phan, Yng Yih (2000) Persepsi ibu bapa kumpulan etnik cina terhadap bentuk badan kanak-kanak pra-sekolah (3-6 tahun) di sekitar Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur. [Project Paper Report]

Abstract

Persepsi bentuk badan seseorang dipengaruhi oleh faktor-faktor budaya. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi ibu bapa dari kumpulan etnik Cina terhadap bentuk badan kanak-kanak pra-sekolah (3-6tahun). Seramai 35 pasangan suami isteri yang anaknya sedang menuntut di tadika-tadika di sekitar kawasan perumahan Kepong telah menyertai kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah boring soal selidik (SAQ). Di dalam pengukuran persepsi bentuk badan, instrument gambarajahadaptasi Hodes et al., 1996 telah digunakan. Gambarajah yang berlainan digunakan sebagai pengukuran persepsi bentuk badan bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Di mana, gambarajah disusun dari bentuk yang paling kurus sehingga bentuk badan yang gemuk sekali. Pengukuran adalah menggunakan skala Likert iaitu skor 1 merupakan perwakilan bentuk badan yang paling kurus, ibu bapa diminta menyatakan bentuk badan yang paling sihat, paling ideal, bentuk badan yang mula dianggap gemuk dan bentuk badan yang mula dianggap kurus kedua-dua jantina kanak-kanak. Secara kasar, skor persepsi bapa adalah lebih tinggi berbanding dengan persepsi ibu kecuali dalam kategori bentuk badan yang dianggap paling sihat bagi kedua-dua jantina dan bentuk badan yang mula dianggap kurus bagi kanak-kanak perempuan. Ujian T berpasangan mendapati para ibu berpendapat bahawa bentuk badan kanak-kanak lelaki seharusnya lebih besar daripada bentuk badan kanak-kanak perempuan. Perbezaan ini adalah signifikasi dalam kesemua katergori kecuali bagi bentuk badan yang mula dianggap kurus (p<0.05). Para bapa turut mempunyai persepsi yang sama iaitu bentuk badan kanak-kanak lelaki adalah lebih besar daripada daripada bentuk badan kanak-kanak perempuan dalam semua kategori (p,0.05) Melalui Ujian T berpasangan didapti tiada perbezaan yang signifikasi di anatara perpsepsi ibu dan persepsi bapa terhadap bentuk badan kanak-kanak dalam kesemua kategori. Secara keseluruhannya kajjian ini menunjukkan persamaan di anta persepsi para ibu dengan persepsi para bapa dalam pentafsiran bentuk badana kana-kanak.


Download File

[img] Text
FPSK3 2000 61 - ir.pdf

Download (6MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Call Number: FPSK3 2000 61
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 04 Sep 2020 08:09
Last Modified: 07 Jan 2022 01:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83314
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item