UPM Institutional Repository

Unsur emosi pasif dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting


Citation

Abdul Rahman, Nadiatul Shakinah (2018) Unsur emosi pasif dalam Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada pandangan yang menjelaskan sastera adalah sumber yang kaya dengan nilai dan emosi. Malah, unsur emosi merupakan unsur pembantu dan pelengkap dalam menghasilkan sesebuah karya sastera. Hal ini kerana emosi adalah pemangkin dalam menambat keseluruhan karya sastera kerana unsur tersebut merupakan bahan asas dalam menghasilkan karya sastera. Sastera juga dihubungkaitkan dengan fungsi catharsis iaitu dalam mendidik dan memandu emosi manusia menjadi lebih stabil apabila berhadapan dengan sesuatu tragedi, peristiwa, tekanan emosi dan kemelut hidup. Tambahan pula, sastera yang mengandungi adegan-adegan yang beremosi seperti kesedihan adalah lebih memuaskan dan jauh jangkauannya kerana kegembiraan bersifat dangkal dan hanya jelas di permukaan sahaja. Sehubungan itu, kajian ini akan berfokus kepada tiga objektif iaitu mengenal pasti jenis-jenis emosi pasif, membincangkan punca dan kesan emosi pasif terhadap watak dan perwatakan serta menganalisis rasionalisasi emosi pasif berlandaskan Islam terhadap watak dan perwatakan. Kajian ini menggunakan dua buah sastera hikayat zaman peralihan iaitu Hikayat Nakhoda Muda dan Hikayat Parang Puting sebagai data kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, analisis data kajian dan penerapan Model Terapi Terancang (MTT) yang diubahsuai daripada Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) dan Modul Nur Iman-REBT sebagai pengukuhan hujahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam jenis emosi pasif iaitu sedih, nestapa (murung), pilu, malu, rasa bersalah dan hiba. Punca peristiwa yang menjadi penyebab kesan emosi pasif seperti pengembaraan, perkahwinan, fitnah, percintaan dan kemiskinan. Apabila emosi terganggu kaedah-kaedah untuk merasionalkan emosi pasif berlandaskan Islam digunakan sebagai langkah penyelesaian iaitu sedekah, reda (redha) dan pujukan. Justeru itu, kajian ini memperlihatkan bahawa gangguan emosi (emosi pasif) muncul akibat peristiwa-peristiwa yang dialami oleh watak dan kaedah berlandaskan Islam digunakan sebagai penyelesaian gangguan emosi.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 70 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Malay literature - Research
Call Number: FBMK 2018 70
Chairman Supervisor: Arba’ie bin Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 08 Sep 2020 08:01
Last Modified: 07 Jan 2022 03:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83264
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item