UPM Institutional Repository

Peranan wasiat dalam Hikayat Raja Pasai berdasarkan konsep keadilan Al-Ghazali


Citation

Idris, Abdul Rahman (2018) Peranan wasiat dalam Hikayat Raja Pasai berdasarkan konsep keadilan Al-Ghazali. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara terperinci wasiat-wasiat dalam Hikayat Raja Pasai berdasarkan konsep keadilan Imam al-Ghazali dalam kitab Nasihat al-Muluk. Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa pemasalahan yang timbul. Masalah yang dimaksudkan ialah hampir tiada kajian tentang peranan wasiat yang dilakukan secara terperinci dan sistematik. Hal ini kerana karya ini merupakan karya historiografi Melayu yang tertua. Kebanyakan kajian sebelum ini lebih berfokus kepada maksud wasiat, tema, perkembangan plot dan kajian teks. Maka satu kajian terperinci dan sistematik terhadap peranan wasiat dalam Hikayat Raja Pasai perlu dilakukan. Kajian ini akan bertumpu kepada tiga objektif, iaitu mengenal pasti wasiat berkaitan ciri pemimipin dalam Hikayat Raja Pasai. Seterusnya, menganalisis wasiat dalam Hikayat Raja Pasai berdasarkan ciri pemimpin yang adil menurut Imam al-Ghazali dalam Nasihat al-Muluk. Akhirnya, merumus ciri pemimpin berdasarkan konsep keadilan Imam al-Ghazali dalam Nasihat al-Muluk. Kaedah kajian ini bertumpu kepada kajian kualitatif dengan pengaplikasian konsep keadilan Imam al- Ghazali dalam kitab Nasihat al-Muluk. Pengaplikasian tersebut berdasarkan sepuluh konsep utamanya, iaitu memerintah mengikut syariat Allah SWT, berdamping dengan para ulama, tidak zalim, pemaaf, tidak memaksa rakyat, tidak abaikan tugas dan tanggungjawab, tidak bermewah-mewahan, bertindak secara berhikmah dan bijaksana, sentiasa bermuafakat, dan tidak berhukum kerana menjaga nama dan pangkat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh wasiat dalam Hikayat Raja Pasai, setiap wasiat menyuruh para raja memerintah menurut syariat Allah SWT, dan raja yang memerintah mengikut wasiat, negaranya menjadi makmur dan kuat manakala raja yang memerintah mengingkari wasiat, negaranya mudah jatuh ke tangan musuh.Dengan itu jelas bahawa teks Hikayat Raja Pasai mampu mengungkap peranan wasiat sebagai satu khazanah nasihat yang bermakna kepada para pemerintah Islam kini, yang akhirnya kecemelangan kerajaan Islam Nusantara dahulu akan berulang semula dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 67 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Wills (Islamic law)
Call Number: FBMK 2018 67
Chairman Supervisor: Salmah Jan binti Noor Muhammad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 08 Sep 2020 07:48
Last Modified: 07 Jan 2022 03:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83262
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item