UPM Institutional Repository

Unsur estetika bahasa dalam novel-novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2012-2017


Citation

Md Zain, Rosnani and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2019) Unsur estetika bahasa dalam novel-novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2012-2017. Jurnal MANU, 30. pp. 189-212. ISSN 1511-1989; ESSN: 2590-4086

Abstract

Estetika merujuk kepada cabang ilmu yang membahaskan perihal keindahan dalam karya sastera. Unsur estetika memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah karya kreatif, iaitu dijadikan sebagai medium bahasa dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada pembaca. Kajian yang dilakukan ini berdasarkan pengamatan pengkaji tentang pendapat sarjana sastera yang mendakwa novel-novel fiksyen sains yang terhasil daripada Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi tidak memaparkan unsur keindahan bahasa kepada pembaca. Sehubungan dengan itu, untuk merungkai permasalahan ini pengkaji menggunakan lima buah novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi iaitu Bekamorfosis (2012) karya Jali Kenoi, Petaka Bakteria (2012) karya Mohd Kasim Mahmud, Puranakila(2015) karya Saadiah Ibrahim, Ajal (2015) karya Ruhaini Matdarin dan Yang Diselindung Samudera (2017) karya Nor Azida Ishak, Fadli al-Akiti dan Ted Mahsun. Kajian yang dilakukan ini juga mempunyai dua objektif kajian iaitu mengklasifikasi dan menganalisis unsur estetika bahasa iaitu penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam novel-novel kajian. Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis teks dan penerapan Teori Puitika Sastera Melayu yang diasaskan oleh Muhammad Haji Salleh sebagai sokongan terhadap hujahan pengkaji. Hasil kajian yang dilakukan terhadap novel-novel fiksyen sains tersebut pengkaji mendapati dua jenis gaya bahasa yang diketengahkan oleh pengarang iaitu gaya bahasa perbandingan dan gaya bahasa pengulangan. Gaya bahasa tersebut juga dapat dikaitkan dengan konsep estetika dalam Teori Puitika Sastera Melayu iaitu keindahan dalam mendidik atau mengajar, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan serta keindahan dalam rasa seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Haji Salleh.


Download File

[img] Text
Unsur estetika bahasa dalam novel-novel pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi dari tahun 2012-2017.pdf

Download (11kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.51200/manu.v0i0.1926
Publisher: Universiti Malaysia Sabah
Keywords: Aesthetic; Style of language; Figurative; Repetition, Novel; Science fiction; Puitika Sastera Melayu
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 11 Jun 2021 09:07
Last Modified: 11 Jun 2021 09:07
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.51200/manu.v0i0.1926
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82674
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item