UPM Institutional Repository

Unsur budaya kaum lain sebagai Jati Diri Kebangsaan dan pemersatu bangsa Malaysia dalam sajak pilihan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka


Citation

Kamarudin, Syaidul Azam and Sujud, Arba’ie and Abdul Rani, Mohd. Zariat and Kamarudin, Kamariah (2019) Unsur budaya kaum lain sebagai Jati Diri Kebangsaan dan pemersatu bangsa Malaysia dalam sajak pilihan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Malay Literature, 32 (2). pp. 257-278. ISSN 0128-1186; ESSN: 2682-8030

Abstract

Jati Diri Kebangsaan (JDK) ialah teras pembinaan negara bangsa khususnya bagi rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berlainan latar budaya seperti di Malaysia. Oleh sebab itu, pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap JDK menjadi tonggak penting kepada negara. Kajian ini bertujuan menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak yang dikaji dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini dilakukan secara kaedah membaca teliti dan secara analisis kandungan terhadap sajak-sajak terpilih terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015. Analisis kajian menggunakan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai kerangka konseptual dengan menumpukan pada aspek unsur budaya kaum lain sebagai elemen JDK. Dapatan kajian mendapati sajak yang dikaji memperakukan bahawa unsur kebudayaan kaum lain bebas diamalkan, manakala unsur budaya kaum lain yang sesuai berdasarkan prinsip DKK menjadi elemen pemersatu rakyat dan pemangkin semangat JDK di Malaysia.


Download File

[img] Text
Unsur budaya kaum lain sebagai Jati Diri Kebangsaan dan pemersatu bangsa Malaysia dalam sajak pilihan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37052/ml.32(2)no5
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: National identity; Nation; National Culture Policy; Dewan Bahasa dan Pustaka
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 11 Jun 2021 08:55
Last Modified: 11 Jun 2021 08:55
Altmetrics: http://www.altmetrics.com/details.php?domain=pasir.upm.edu.my&doi=10.37052/ml.32(2)no5
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82673
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item