UPM Institutional Repository

Ujaran saling memahami dalam filem Nordin Ahmad


Citation

Saimon, Aminnudin and Hamzah, Zailtul Azma Zainon (2019) Ujaran saling memahami dalam filem Nordin Ahmad. Issues in Language Studies, 8 (1). pp. 162-180. ISSN 2180-2726

Abstract

Ujaran saling memahami merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar walaupun ujaran tersebut mengandungi pelbagai bentuk bahasa. Dalam penyelidikan ini, objektif yang terdapat penyelidikan ini ialah menganalisis ujaran saling memahami menggunakan pendekatan pragmatik. Data penyelidikan diperoleh daripada empat buah filem Melayu klasik, iaitu filem Semerah Padi (1956), filem Hang Jebat (1961), filem Seri Mersing (1961) dan filem Lancang Kuning (1962). Hasil penyelidikan ini mendapati, untuk mewujudkan hubungan saling memahami unsur lakuan bahasa dan bentuk bahasa berperanan dalam membantu pendengar memahami ujaran penutur. Bahasa yang melatari sesuatu ujaran dapat diinterpretasi makna sebenarnya berdasarkan kognitif seseorang, faktor lakuan bahasa dan pengetahuan ilmu yang maksimum. Penggunaan teori pragmatik dalam penyelidikan ini ialah Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986) dan Teori Lakuan Bahasa (Searle, 1969) dilihat amat berwibawa dalam merungkai makna hajat komunikatif penutur, diinterpretasi dan difahami oleh pendengar dan seterusnya mewujudkan hubungan saling memahami.


Download File

[img] Text
Ujaran saling memahami.pdf

Download (55kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.33736/ils.1351.2019
Publisher: Faculty of Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak
Keywords: Mutual understanding; Malay films; Speech acts; Relevance theory; Pragmatics
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 05 Aug 2021 01:15
Last Modified: 05 Aug 2021 01:15
Altmetrics: http://www.altmetrics.com/details.php?domain=pasir.upm.edu.my&doi=10.33736/ils.1351.2019
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82456
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item