UPM Institutional Repository

Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah


Citation

Yong, Hie Hie and Ku Samsu, Ku Hasnita (2019) Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah. Akademika: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan Asia Tenggara, 89 (1). pp. 149-159. ISSN 0126-5008; ESSN: 0126-8694

Abstract

Guru terutamanya di peringkat sekolah rendah mampu menjadi agen sosialisasi politik yang berpengaruh dalam memupuk kesedaran murid pada usia awal mereka tentang kepentingan perpaduan etnik, khasnya dalam konteks masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat guru yang mewujudkan provokasi perkauman serta melakukan pengasingan murid mengikut etnik, latar belakang ekonomi dan agama agar muridnya dapat mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, dan sebahagiannya juga mengabaikan peranan mereka sebagai agen sosialisasi politik dan membentuk perpaduan etnik kepada murid. Artikel ini membincangkan faktor halangan yang menjejaskan proses pemupukan nilai perpaduan dalam kalangan murid. Perbincangan dalam artikel ini merupakan sebahagian daripada kajian PhD yang memfokuskan kepada peranan guru sebagai agen sosialisasi politik dalam membentuk perpaduan etnik di sekolah. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan 16 orang guru Melayu, Cina dan India daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di daerah Petaling, Selangor. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang berkaitan dengan sikap guru yang menjadi halangan kepada sekolah dalam proses pembentukan perpaduan etnik di sekolah. Pertama, sikap negatif guru; kedua, guru kurang keyakinan dalam membincangkan isu perpaduan; dan ketiga, guru tidak mementingkan bahasa Melayu. Ketiga-tiga faktor ini berupaya mewujudkan jurang etnik sesama guru dan antara guru dengan murid di sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu memberi perhatian terhadap isu ini dan memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang kepentingan perpaduan etnik di sekolah.


Download File

[img] Text
Sikap negatif guru sebagai penghalang kepada pembentukan perpaduan etnik di sekolah.pdf

Download (53kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
DOI Number: https://doi.org/10.17576/akad-2019-8901-12
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Political socialization agent; Ethnic unity; Teacher; Primary school; Attitude
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 05 Aug 2021 12:31
Last Modified: 05 Aug 2021 12:31
Altmetrics: http://www.altmetrics.com/details.php?domain=pasir.upm.edu.my&doi=10.17576/akad-2019-8901-12
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82118
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item