Simple Search:

PNC Lepasi Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) PNC Lepasi Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2008. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 18 Oktober – Pejabat Naib Canselor (PNC) Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melepasi Audit Pemantauan SIRIM pensijilan MS ISO 9001: 2008 pada 14 dan 15 Oktober lalu. Juruaudit SIRIM QAS International, Aine Jamaliah Mohamad Zain berkata hasil audit menunjukkan terdapat penambahbaikan dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) PNC dengan mendapat sifar laporan ketidakpatuhan (NCR) dan dua cadangan penambahbaikan (OFI). “Ini bermakna PNC berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO tanpa syarat bagi skop perkhidmatan korporat merangkumi pentadbiran, audit dalam, perancangan korporat, komunikasi korporat, penerbitan dan skop baru pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya semasa mesyuarat penutup pembentangan laporan audit dan pengesyoran. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata pada majlis itu bahawa selepas ini, SPK Pejabat Naib Canselor akan digabungkan di bawah satu pensijilan dengan urus setianya terletak di bawah Pejabat Pendaftar. Walau bagaimanapun beliau berpendapat PNC sepatutnya tidak perlu menerima OFI kerana kesemua staf telah bekerja keras menghadapi audit kali ini selain PNC sepatutnya menjadi contoh kepada yang lain. “Semoga kejayaan mengekalkan pensijilan ini akan menjadi pemangkin untuk terus melagang usaha mempertingkat mutu perkhidmatan PNC ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi kepuasan pelanggan,” katanya. Sementara itu Wakil Pengurusan PNC, Rosdi Wah berkata PNC mengucapkan penghargaan kepada Naib Canselor atas segala sokongan termasuk semua Pengarah, Ketua Bahagian, Pegawai Kawalan Dokumen, semua Timbalan Wakil Pengurusan dan Timbalan Pegawai Kawalan Dokumen, Penyelaras Audit Dalam, Penyelaras Kualiti ICT, Penyelaras Kajian Kepuasan Pelanggan, Juruaudit Dalaman SPK, semua pegawai dan staf yang telah memberikan komitmen dan kerjasama padu dalam menjayakan SPK PNC. “Proses pemurnian dan penyeragaman prosedur dan arahan kerja sedang berjalan. Sesi penerangan dan latihan akan terus diadakan secara berperingkat untuk membolehkan staf mempunyai kefahaman yang tinggi,” katanya.


Download File

[img]
Preview
PDF
PNC_LEPASI_AUDIT_PEMANTAUAN_SIRIM.pdf

Download (69kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 21 Oct 2010 01:30
Last Modified: 27 May 2013 07:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8199
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item