UPM Institutional Repository

Profil sukarelawan belia Malaysia


Citation

Hamzah, Siti Raba'ah and Suandi, Turiman and Musa, Siti Nur Syuhada (2018) Profil sukarelawan belia Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 19. pp. 18-37. ISSN 2180-1649

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti profil sukarelawan belia Malaysia. Kajian berbentuk kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik. Sejumlah 1,200 orang responden terdiri daripada 708 sukarelawan belia dan 492 sukarelawan baharu belia di seluruh Malaysia yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan profil kesukarelawanan belia iaitu faktor demografi: jantina, umur, bangsa, agama, status perkahwinan, tempat dibesarkan, negeri asal, tempat tinggal, jenis kediaman, status pekerjaan dan tahap akademik. Seterusnya, hasil kajian juga menunjukkan reaksi terhadap perkembangan semasa sukarelawan turut menyumbang kepada penglibatan mereka dengan aktiviti sukarela. Faktor tersebut termasuklah sebab utama terlibat, masa mula terlibat, bidang utama penglibatan, kumpulan sasaran kerja sukarela, pemilihan sektor kesukarelawanan, sumber kesedaran untuk terlibat dan sumber maklumat untuk terlibat. Hasil kajian ini mampu memberi sumbangan dalam membantu pihak yang bertanggungjawab untuk merancang strategi bagi menarik lebih ramai sukarelawan berpotensi serta memperkemaskan program dan aktiviti sukarela di Malaysia.


Download File

[img] Text (Abstract)
Profil sukarelawan belia Malaysia.pdf

Download (8kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Keywords: Profiling; Volunteer; Youth; Volunteerism; Malaysia
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 26 Nov 2020 21:19
Last Modified: 26 Nov 2020 21:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81857
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item