UPM Institutional Repository

Tahap amalan perlakuan berekonomi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya


Citation

Ab Ghani, Mohd Haziman and Osman, Syuhaily (2019) Tahap amalan perlakuan berekonomi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Jurnal Pengguna Malaysia, 33. pp. 1-14. ISSN 1511-998X

Abstract

Tekanan ekonomi boleh menyumbang ke arah ketidakharmonian dalam institusi kekeluargaan dan mencetuskan isu sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan perlakuan berekonomi dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Sebanyak lima buah kementerian di Putrajaya telah dipilih sebagai lokasi kajian menerusi kaedah persampelan sistematik. Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang merupakan penjawat awam yang menyandang gred jawatan 54 dan ke bawah. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan analisis mendapati bahawa perlakuan berekonomi responden berada pada tahap yang tinggi. Responden didapati telah melakukan pelbagai langkah dalam mengamalkan perlakuan berekonomi ini dalam usaha mereka untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang semakin dirasakan pada masa kini. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa responden telah mengubah cara gaya hidup mereka demi untuk mencapai kesejahteraan hidup yang baik walaupun dalam keadaan ekonomi yang sukar dan mencabar.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://macfea.com.my/vol-33-december-2019/

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Keywords: Levels of practice; Economizing behavior; Lifestyle; Civil servants
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 17 May 2024 02:45
Last Modified: 17 May 2024 02:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81680
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item