Simple Search:

Graduan Harus Atasi Masalah Sumber Asli dan Komoditi Pertanian


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Graduan Harus Atasi Masalah Sumber Asli dan Komoditi Pertanian. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 13 Oktober – Graduan disiplin pertanian tropika diseru terlibat menyelesaikan masalah berkaitan dengan sumber asli dan komoditi pertanian. Pro Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Arifin berkata bagi memelihara keseimbangan manusia sejagat, kedua-dua masalah itu perlu dititikberatkan untuk menjamin kesejahteraan hidup manusia. “Faktor seperti perubahan cuaca, penggunaan sumber yang tidak lestari, tekanan sosio-ekonomi, permintaan ke atas makanan dan input pertanian yang menyebabkan sumber dan komoditi ini terjejas. “Tenaga pakar daripada para graduan UPM diharap dapat menyelesaikan masalah-masalah itu selaras dengan tagline UPM, Peneraju Dunia Dalam Pertanian Tropika Baharu,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Konvokesyen ke 34 UPM. Tan Sri Nayan berkata UPM dapat menjadi sebuah institusi pengembangan pertanian yang profesional dengan menghasilkan graduan berprestij dan produk penyelidikan berimpak tinggi dalam pertanian tropika baharu. Pada majlis sesi kesembilan itu, Tan Sri Nayan mengurniakan ijazah dan diploma kepada 774 graduan sementara sesi kesepuluh pada sebelah petang seramai 797 graduan menerima ijazah dan diploma daripada Tan Sri Dato’ Seri Lim Ah Lek.


Download File

[img]
Preview
PDF
Graduan_Harus_Atasi_Masalah_Sumber_Asli_dan_Komoditi_Pertanian.pdf

Download (75kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 15 Oct 2010 12:40
Last Modified: 27 May 2013 15:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8151
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item